كتاب جناية الشافعي لزكريا أوزون : دراسة نقدية في ميزان علم اصول الفقه

Buku Jinayat al-Shafi'iy ialah salah satu contoh bacaan pemikiran Islam Kontemporari yang tersebar dalam pemikiran masyarakat. Penulis berhasrat membebaskan umat Islam daripada kerangka fiqh para imam Mazhab. Menurut dakwaannya, Fiqh Islam dan dalil­dalilnya bukanlah wahyu yang diturunkan, bahk...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: محمود، المغيرة حمزة سعيد (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099907
005 20241021093000.0
008 201230s2020 my ara
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a KBP330.S53   |b M34 2020 
090 0 0 |a KBP330.S53   |b M34 2020 
100 1 |a محمود، المغيرة حمزة سعيد ,   |e author 
241 1 0 |a Kitab jinayat al-Shafi'i li-Zakariya Awzun   |b dirasah naqdiyah fi mizan 'ilm usul al-fiqh 
245 1 0 |a كتاب جناية الشافعي لزكريا أوزون :   |b دراسة نقدية في ميزان علم اصول الفقه   |c المغيرة حمزة سعيد محمود 
264 0 |c ©2020 
300 |a 334 leaves ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Master of Shariah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 304-315) 
520 |a Buku Jinayat al-Shafi'iy ialah salah satu contoh bacaan pemikiran Islam Kontemporari yang tersebar dalam pemikiran masyarakat. Penulis berhasrat membebaskan umat Islam daripada kerangka fiqh para imam Mazhab. Menurut dakwaannya, Fiqh Islam dan dalil­dalilnya bukanlah wahyu yang diturunkan, bahkan produk fikir manusia yang hanya sesuai untuk suatu zaman tetapi tidak sesuai untuk zaman lain. Pendapat para sahabat (r.a) menurutnya, tiada nilai kerana sejarah mereka dicemari dengan pelbagai peperangan merebut pangkat, kuasa dan harta. Al-Quran sendiri walaupun terpelihara teksnya tetapi pentafsirannya terdedah kepada perubahan sama ada dari aspek kefahaman, penerimaan atau penolakannya. Lantaran itu, ia perlu dipisahkan daripada fiqh demi kebangkitan ummah. Pemikiran penulis telah disebar dan diberi ruang penyebaran dalam kalangan masyarakat. Para ulama dan pengkaji yang menyedari ancaman ini telah bangkit memperingatkan tentang bahaya pemikiran sebegini terhadap jati diri dan peradaban masyarakat. Justeru, kajian bertujuan untuk menganalisis secara kritis kekeliruan dan kesilapan yang terdapat dalam buku Jinayat al-Shafi'iy berdasarkan neraca ilmu dan kaedah Usul Fiqh sekali gus menzahirkan peranan Usul Fiqh sebagai garis panduan dalam memantau kefahaman, pandangan serta ijtihad berkait Syariat Islam. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif. Data kajian dikumpul melalui analisis dokumen dengan merujuk kepada karya-karya Zakaria Ozon, hasil kajian dan penulisan oleh para sarjana yang mengulas dan mengkritik pandangan golongan modenisme terhadap Islam, serta buku-buku fiqah, usul fiqah, tafsir, hadis dan huraiannya yang berkaitan dengan fokus kajian. Kajian turut melibatkan temu bual dengan beberapa ulama untuk mendapatkan pandangan mereka. Data kemudian dianalisis secara deskriptif, kritis, induktif dan dialektik. Kajian mendapati pengarang buku tersebut melanggar objektiviti dan amanah ilmiah yang merupakan antara prinsip asas penyelidikan. Sebagai contoh, beliau hanya menyebut salah satu daripada makna­makna perkataan Shari'ah, tidak amanah dalam menukilkan pandangan al-Shafi'iy dengan tidak menyebut sandarannya, serta membuat dakwaan tanpa mengemukakan bukti. Pengarang turut menisbahkan sesuatu pendapat secara tidak teliti kepada al­Shafi'iy seperti "sunnah menasakhkan al-Quran", sedangkan al-Shafi'iy menyatakan sebaliknya. Beliau juga mencipta teks baharu al-Quran 'kutiba 'alaykum al-waliyyah'. Kajian juga mendapati bahawa ilmu Usul Fiqh adalah neraca yang mantap dalam memastikan keaslian dan garis panduan yang berwibawa dalam memahami pengertian teks-teks perundangan Islam. Akhirnya, kajian bertegas untuk menolak pelbagai kekeliruan dan penyelewengan yang terkandung dalam buku Jinayat al-Shafi'iy kerana ia menyalahi prinsip dan kaedah penyelidikan ilmiah. Kajian turut menegaskan bahawa ilmu Usul Fiqh seharusnya terus diberi perhatian dan dikaji, sesuai dengan kedudukannya sebagai suatu metode penyelidikan ilmiah yang berwibawa, khusus, spesifik, konsisten dan komprehensif, dalam memahami nas syarak dan pentafsirannya serta sebagai perisai yang kukuh kepada Syariat Islam. 
600 1 0 |a Awzun, Zakariya   |t Jinayat al-Shafi'i 
600 1 0 |a Shafi'i, Muhammad ibn Idris ,   |d 767 or 768-820 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Islamic law 
650 0 |a Islamic law   |x Interpretation and construction 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000181818   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus