فاعلية برنامج تكاملي دمجي مستند للاستجابة المحورية واسلوب هيجاشي في تنمية التفاعل الاجتماعي وتخفيف العدوان لدى اطفال التوحد

Pengenalan: Kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan tingkah laku yang dizahirkan melalui tingkah laku yang agresif terhadap diri sendiri dan orang lain. Malah, mereka juga tidak mampu melakukan kemahiran hidup yang asas. Hal ini menyebabkan mereka...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ابو صيني، احمد عبد الله احمد (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan tingkah laku yang dizahirkan melalui tingkah laku yang agresif terhadap diri sendiri dan orang lain. Malah, mereka juga tidak mampu melakukan kemahiran hidup yang asas. Hal ini menyebabkan mereka mengasingkan diri dan tidak mampu menyesuaikan diri ke dalam masyarakat dan persekitaran mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah program bersepadu integratif yang berasaskan rawatan tindak balas utama dan teknik Higashi dalam membina kemahiran interaksi sosial serta mengurangkan tingkah laku agresif pada kanak-kanak autisme ini. Kajian ini turut mengesahkan keberkesanan program yang dibangunkan melalui ujian pra dan pasca, serta ujian susulan. Metode: Kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan reka bentuk kuasi eksperimental. Bagi menjawab objektif kajian, skala kemahiran interaksi sosial, skala tingkah laku agresif dan skala kecenderungan untuk menyesuaikan diri digunakan. Responden kajian terdiri daripada 30 orang kanak-kanak yang mengalami gangguan spektrum autisme yang dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan; 15 orang dalam kumpulan kawalan dan 15 orang dalam kumpulan rawatan. Ketiga-tiga skala diaplikasikan kepada mereka sebelum dianalisis menggunakan ujian statistik yang sesuai. Dapatan kuantitatif telah dianalisis menggunakan ujian MANOVA, ANCOVA dan ANOVA. Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan program bersepadu yang dibangunkan dalam melibatkan kanak-kanak autisme secara sosial melalui pembinaan kemahiran interaksi sosial dan pengurangan tingkah laku agresif. Dapatan juga menunjukkan perbezaan yang signifikan secara statistik pada tahap signifikan (a = 0.05) antara skor min kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam ujian pra dan pasca pada skala kemahiran interaksi sosial, skala tingkah laku agresif dan skala kecenderungan untuk menyesuaikan diri, dengan skor yang lebih tinggi pada kumpulan rawatan. Dapatan juga menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan signifikan secara statistik pada tahap signifikan (a = 0.05) antara skor min ahli kumpulan rawatan dalam ujian pasca dan ujian susulan pada skala kemahiran interaksi sosial, skala tingkah laku agresif dan kecenderungan untuk menyesuaikan diri. Kesimpulan: Kajian ini memberi sumbangan dalam usaha membantu kanak-kanak autisme menyesuaikan diri dan berinteraksi secara sosial melalui pembangunan kemahiran interaksi sosial dan pengurangan tingkah laku agresif dalam diri mereka. Selain tu, kajian ini mengaktifkan peranan keluarga dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam menyediakan program yang diperlukan oleh anak-anak mereka. Kajian ini juga memberi latihan kepada pakar dalam menyediakan program bimbingan yang bersepadu dan intervensi awal yang boleh membantu kanak­ kanak autisme untuk membina kemahiran hidup yang diperlukan untuk berinteraksi dengan masyarakat, seterusnya mengelakkan mereka daripada terus menyisihkan diri dan menyendiri.
Physical Description:279 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 213-225)