مفهوم التعددية السياسية في الفكر الاسلامي المعاصر، حركة المقاومة الاسلامية (حماس) انموذجا: (دراسة تحليلية)

Pengenalan: Islam mementingkan kebebasan dalam memberi pandangan serta perlindungan terhadap kepelbagaian hak dan kebebasan. Kebebasan yang utama ialah kebebasan berpolitik. Perbezaan ketara yang diperkenalkan oleh Islam adalah keharusan ta'addud siyasi kontemporari ini. Hal ini memberi peluang...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: ابو لطيفة، ديمة فايق طه (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Islam mementingkan kebebasan dalam memberi pandangan serta perlindungan terhadap kepelbagaian hak dan kebebasan. Kebebasan yang utama ialah kebebasan berpolitik. Perbezaan ketara yang diperkenalkan oleh Islam adalah keharusan ta'addud siyasi kontemporari ini. Hal ini memberi peluang kepada golongan yang menentang Islam sama ada dalam atau luar negara untuk membuat penyelewengan dan kekeliruan terhadap sistem politik Islam dan umat Islam. Mereka berpandangan bahawa Islam menyeru kepada kediktatoran, anti kebebasan dan tidak menerima pandangan orang lain yang menuntut kepada satu kajian tentang konsep pluralisme politik menurut falsafah Islam moden. Justeru, subjek kajian difokuskan kepada Gerakan Pembela Islam (HAMAS) yang dianggap sebagai contoh politik Islam di Palestin yang menjadikan perinsip Islam sebagai dasar dalam mengamalkan ta'addud siyasi ini. Isu ini akan dianalisis berpandukan sistem perundangan Islam. Kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan berikut; apakah pendirian falsafah Islam moden dan HAMAS terhadap pluralisme politik, bagaimanakah penglibatan Hamas terhadap pilihanraya Palestin yang pertama dan kedua, dan bagaimana HAMAS mewujudkan kerjasama bersama parti yang bukan diwujudkan berdasarkan sumber Islam. Kajian ini bertujuan menerangkan pendirian falsafah Islam moden dan gerakan Hamas tentang pluralisme politik. Selain itu, kajian ini menjelaskan tindakan gerakan Hamas daripada pilihan raya pertama dan kedua, serta menganalisis pendirian gerakan Hamas terhadap kerjasama bersama parti yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar parti. Metode: Kajian ini bersifat kualitatif dengan pendekatan metod deskriptif dan analitik bagi mendapatkan hasil kajian. Bagi menghuraikan permasalahan, kajian ini menggunakan soalan temubual yang mengandungi tiga bahagian. Soalan ini telah dinilai oleh tujuh orang penilai. Temubual dijalankan kepada 11 orang pemimpin gerakan HAMAS dari bahagian hal ehwal politik Palestin. Kajian ini turut menggunakan metod historikal bagi menganalisis perbezaan pemikiran HAMAS dan perinsipnya tentang pluralisme politik berdasarkan bahan dan dokumen rasmi yang dihasilkan oleh HAMAS. Keputusan: Antara dapatan utama yang diperolehi adalah Islam membenarkan pluralisme politik yang patuh syariah. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa gerakan Hamas berpegang kepada pluralisme politik dalam pemerintahannya di Gaza. Selain itu, hasil kajian menunjukkan bahawa penglibatan Hamas ke dalam sistem politik Palestin adalah hasil penyertaannya dalam pilihan raya. Kerjasama ini merupakan penyesuaian HAMAS dalam politik secara berperingkat dalam sistem politik Palestin. Selain itu, satu pengiktirafan kepada HAMAS dalam usaha memartabatkan maslahah rakyat ekoran perbezaan pendiriannya dalam politik. Kajian ini membuktikan bahawa gerakan Hamas tidak terjebak dalam kejumudan ideologi bahkan mampu membentuk persekitaran dan masyarakat yang harmoni dalam berpolitik. Selain itu, HAMAS dapat melakukan perubahan ideologi tanpa mengetepikan undang-undang negara. Gerakan Hamas juga memelihara undang­undang hak minoriti dan parti politik yang tidak menjadikan Islam sebagai dasar parti dan perkara ini direalisasikan dalam manifesto pilihan raya HAMAS. Hasil kajian juga menunjukkan penglibatan HAMAS dengan kerajaan meningkatkan kesan positif kepada agama yang menyumbang kepada kesuburan dan penerapan nilai Islam yang bersifat relevan dan fleksibel. Kesimpulan: Kajian ini menyimpulkan bahawa, pengalaman positif dari pengamal politik Barat juga penting diaplikasi dalam amalan politik Islam dengan pada masa yang sama memastikan tiada unsur politik yang bercanggah dengan prinsip dan nilai Islam. Kajian menyarankan agar pluralisme politik dipandu oleh nilai­nilai murni yang telah diputuskan oleh Islam dalam membentuk suasana keadilan dan saksama serta menangkis kezaliman.
Physical Description:275 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 250-266)