Analisis kesejahteraan hidup anak-anak banduan penjara Pengkalan Chepa, Kelantan

Kebajikan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak yang menjurus kepada kelangsungan hidup, perkembangan, perlindungan dan penyertaan merupakan aspek penting yang harus diberi perhatian sejajar dengan Dasar Kanak-Kanak Negara 2001. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dan tahap kes...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Siti Nuradliza Mahmud (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Online Access:https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp
Description
Summary:Kebajikan dan kesejahteraan hidup kanak-kanak yang menjurus kepada kelangsungan hidup, perkembangan, perlindungan dan penyertaan merupakan aspek penting yang harus diberi perhatian sejajar dengan Dasar Kanak-Kanak Negara 2001. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keperluan dan tahap kesejahteraan hidup anak-anak banduan sepanjang tempoh pemenjaraan ibu/bapa mereka di Negeri Kelantan. Beberapa indikator kesejahteraan hidup kanak-kanak telah dipilih bagi kajian ini iaitu kesihatan, perumahan, pendidikan, keperluan asas, risiko dan keselamatan serta kerohanian. Kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat sejauh mana faktor-faktor yang dipilih mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup anak-anak banduan. Faktor yang dipilih ini dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sumber ekonomi (pendapatan, pekerjaan, tahap pendidikan, bilangan tanggungan dan bantuan kewangan); sokongan sosial (bantu dalam pelajaran, masa bersama anak-anak, ambil berat keperluan dan sokongan emosi); hubungan dengan komuniti (kekerapan diganggu, dipinggirkan, stigma sosial dan keselamatan). Kajian ini melibatkan seramai 105 orang responden dan dilaksanakan menggunakan kaedah mixed-method yang menggabungkan dua kaedah kajian, kualitatif dan kuantitatif. Responden yang dipilih melalui teknik persampelan bertujuan ini terdiri daripada anak-anak banduan yang sedang dipenjarakan di Penjara Pengkalan Chepa, berumur di antara 7 tabun hingga 18 tahun serta tinggal di Negeri Kelantan. Data dikumpul dengan menggunakan beberapa kaedah iaitu melalui temubual berstruktur (soal-selidik), temubual tidak berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen. Soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan teknik korelasi pearson product-moment dan teknik regrasi linear berganda. Hasil kajian terhadap keperluan kesejahteraan yang telah diterima oleh responden, didapati 30 peratus daripada responden masih tidak mendapat keperluan yang mencukupi. Secara umumnya, berdasarkan semua indikator kesejahteraan yang telah dipilih, didapati majoriti responden merasakan bahawa tahap kesejahteraan hidup mereka berada di tahap sederhana. Hasil analisis perkaitan menggunakan teknik korelasi dan regrasi menunjukkan terdapat enam faktor yang paling mempengaruhi tahap kesejahteraan hidup anak-anak banduan iaitu pendapatan, sokongan emosi, pekerjaan, mengambil berat, stigma sosial dan masa bersama keluarga. Selain itu, perbezaan peringkat umur di antara anak-anak banduan mempengaruhi bentuk kehendak dan keperluan kesejahteraan hidup mereka. Bagi responden berumur 12 tahun ke bawah, mereka lebih memerlukan keperluan berbentuk sokongan sosial seperti bimbingan, perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga. Responden yang berada di peringkat menengah rendah pula lebih memerlukan perhatian daripada anggota komuniti, diterima di dalam kolompok, bebas untuk berkawan dan tiada diskriminasi manakala bebas daripada kongkongan, hidup berdikari dan mempunyai sumber kewangan sendiri pula menjadi item keperluan utama yang diperlukan oleh majoriti responden berumur 16 hingga 18 tahun.
Physical Description:xiii, 248 leaves ; 31 cm. 1 computer optical disc (4 3/4 in.)
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 230-233)