Manhaj membendung ekstremis agama menurut Surah al-Saff dan pelaksanaannya oleh kerajaan Malaysia

Ekstremis agama merupakan ancaman besar yang melanda dunia dewasa ini. Kewujudan gerakan ekstremis seperti DAESH, ISIS dan IS di Timur Tengah merupakan satu bukti bahawa golongan ekstremis masih wujud dan berkembang di merata tempat di dunia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Lutpi Mustafa (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Ekstremis agama merupakan ancaman besar yang melanda dunia dewasa ini. Kewujudan gerakan ekstremis seperti DAESH, ISIS dan IS di Timur Tengah merupakan satu bukti bahawa golongan ekstremis masih wujud dan berkembang di merata tempat di dunia. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak berwajib untuk membendung kegiatan ini, ironinya perkara ini masih berlaku dan dalam kalangan masyarakat masih lagi terpedaya dengan gerakan ini. Kajian ini menjadikan Surah al- Saff sebagai asas kajian kerana ayat-ayatnya mengandungi elemen-elemen solusi membendung masalah ekstremis, seperti konsep akidah, kejujuran, penyusunan saff perjuangan dan petunjuk Rasulullah s.a.w. sebagai panduan. Objektif kajian ini menjelaskan sejarah ekstremis agama dan faktor kemunculannya, menganalisis hubungan antara Surah al-Saff dengan manhaj membendung ekstremis agama dan membentuk manhaj penerapan membendung ekstremis agama oleh kerajaan Malaysia dalam pentadbiran berdasarkan Surah al-Saff. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan rekabentuk penerokaan dengan menjadikan Surah al-Saff sebagai kajian kes. Bagi pengumpulan maklumat, kajian ini menggunakan dua sumber, iaitu sumber sekunder dan sumber primer. Maklumat yang dikumpulkan akan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan analisis kandungan. Dapatan dalam kajian ini menunjukkan kemunculan ekstremis agama berlaku sebelum hijrah dan menular sehingga selepas hijrah. Di samping itu, Surah al-Saff merupakan surah yang sesuai ke arah membendung ekstremis agama, kerana di dalamnya terdapat tujuh konsep sebagai jalan alternatif untuk mengatasi gejala ekstremis, iaitu; Penerapan akidah melalui tasbih, elemen istiqamah, formulasi saff sebagai asas penyatuan, perjuangan ke arah kesucian Islam, petunjuk Rasulullah s.a.w. sebagai asas perjuangan, konsep al-Tijarah dan prinsip Ansar Allah. Selain itu, kajian ini juga mendapati penerapan manhaj membendung ekstremis agama menurut Surah al-Saff telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia. Di antara pelaksanaan tersebut ialah pengukuhan akidah umat Islam di Malaysia, integriti perkhidmatan profesional, membentuk penyatuan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam, Islam sebagai agama negara persekutuan dan memperkenalkan konsep kesederhanaan dalam institusi kerajaan. Kajian ini memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat, terutama golongan pelajar sebagai informasi terkini mengenai isu-isu ekstremis. Kesimpulan: Justeru, dapat disimpulkan bahawa Surah al-Saff begitu signifikan ke arah membendung ekstremis agama dan boleh dijadikan modul untuk membimbing mereka kembali ke jalan Allah. Kerajaan Malaysia dalam usahanya menerap konsep membendung ekstremis agama berdasarkan Surah al-Saff dianggap berjaya dan kerajaan melalui agensinya telah mengenakan tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat dalam gerakan ekstremis.
Physical Description:xvii, 387 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 333-378)