اثر برنامج وقائي قائم على نموذج بوردرز وتسجيلات وأفلام الفيديو في اتجاهات الطلبة الجامعيين نحو الحد من تعاطي المخدرات والادمان في الأردن

Sejak awal 1990-an, masyarakat Jordan semakin menyedari tentang bahaya gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah yang semakin menular terrnasuk dalam kalangan mahasiswa universiti. Di antara sebab utama penglibatan mahasiswa dengan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah kurangnya kesedaran dan pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: الطراونة، عمر شاهر (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099710
005 20240108093000.0
008 201123s2020 my ara
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a HV5801   |b .T37 2020 
090 0 0 |a HV5801   |b .T37 2020 
100 1 |a الطراونة، عمر شاهر ,   |e author 
241 1 0 |a Athar Barnamaj waqa'im ala namudhaj bwrdrz wa-Tasjilat wa-aflam al-fidyu fi Ittijahat al-talabah al-Jami'iyn Nahwa al-hadd min ta'ati al-mukhaddirat waladman fi al-Urdun 
245 1 0 |a اثر برنامج وقائي قائم على نموذج بوردرز وتسجيلات وأفلام الفيديو في اتجاهات الطلبة الجامعيين نحو الحد من تعاطي المخدرات والادمان في الأردن   |c عمر شاهر الطراونة 
264 0 |c 2020 
300 |a 289 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Master) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 179-188) 
520 |a Sejak awal 1990-an, masyarakat Jordan semakin menyedari tentang bahaya gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah yang semakin menular terrnasuk dalam kalangan mahasiswa universiti. Di antara sebab utama penglibatan mahasiswa dengan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah kurangnya kesedaran dan pengetahuan, kelemahan strategi pencegahan, rasa ingin mencuba dan menjadi mangsa penyalahgunaan dadah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membina satu model pencegahan berasaskan dokumentasi dan rakaman video serta mengenalpasti keberkesanannya dalam membentuk pandangan negatif terhadap penyalahgunaan dan penagihan dadah. Kajian kuantitatif ini berbentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian dipilih secara rawak- melibatkan 60 orang mahasiswa bagi kumpulan rawatan dan 60 orang mahasiswa bagi kumpulan eksperimen daripada 2 universiti iaitu Mu'tah dan al­ Balqa'. Kajian ini telah menyediakan 2 skala pengukur yang telah melalui penilaian bagi pengesahan dan kebolehpercayaan, iaitu skala pengukur pandangan tentang penyalahgunaan dan penagihan dadah dan skala pengukur bagi ujian pandangan tentang kesan program pencegahan berdasarkan model Borders & Drury terhadap pengetahuan, sikap dan emosi. Data yang diperoleh telah dianalisis bagi melihat perbezaan hasil di antara kumpulan rawatan dan eksperimen. Selain itu, data turut dianalisis menggunakan Ujian-T (T-Test) dan Ujian Anova Sehala (One Way Anova) bagi melihat perbezaan dapatan berdasarkan jantina, fakulti dan tahun pengajian. Kajian ini mendapati bahawa model pencegahan berasaskan dokumentasi dan rakaman video telah memberi kesan yang signifikan terhadap kumpulan eksperimen dalam membentuk pandangan negatif terhadap penyalahgunaan dan penagihan dadah. Kajian ini turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang pandangan negatif terhadap penyalahgunaan dan penagihan dadah bagi kumpulan eksperimen berdasarkan jantina, fakulti dan tahun pengajian. Walau bagaimanapun­kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tentang kesan program pencegahan terhadap pengetahuan, sikap dan emosi bagi kumpulan eksperimen berdasarkan jantina, fakulti dan tahun pengajian. Kajian ini berjaya membina, melaksana dan mengukur keberkesanan model pencegahan daripada penyalahgunaan dan penagihan dadah berasaskan dokumentasi dan rakaman video. Semua pihak yang bertanggungjawab di universiti-universiti di Jordan perlu mempraktikkannya sebagai satu strategi pencegahan penyalahgunaan dan penagihan dadah. Selain itu, program-program yang pelbagai serta menggunakan teknik terkini wajar disediakan termasuk keperluan kaunseling yang berguna kepada mahasiswa universiti bagi mencegah mereka daripada terlibat dengan gejala dadah. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Drug abuse 
650 0 |a Drug abuse   |x Prevention 
650 0 |a Drug abuse   |z Jordan 
650 0 |a Drug addiction 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000181066   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus