اثر برنامج وقائي قائم على نموذج بوردرز وتسجيلات وأفلام الفيديو في اتجاهات الطلبة الجامعيين نحو الحد من تعاطي المخدرات والادمان في الأردن

Sejak awal 1990-an, masyarakat Jordan semakin menyedari tentang bahaya gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah yang semakin menular terrnasuk dalam kalangan mahasiswa universiti. Di antara sebab utama penglibatan mahasiswa dengan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah kurangnya kesedaran dan pen...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: الطراونة، عمر شاهر (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Sejak awal 1990-an, masyarakat Jordan semakin menyedari tentang bahaya gejala penyalahgunaan dan penagihan dadah yang semakin menular terrnasuk dalam kalangan mahasiswa universiti. Di antara sebab utama penglibatan mahasiswa dengan penyalahgunaan dan penagihan dadah ialah kurangnya kesedaran dan pengetahuan, kelemahan strategi pencegahan, rasa ingin mencuba dan menjadi mangsa penyalahgunaan dadah. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membina satu model pencegahan berasaskan dokumentasi dan rakaman video serta mengenalpasti keberkesanannya dalam membentuk pandangan negatif terhadap penyalahgunaan dan penagihan dadah. Kajian kuantitatif ini berbentuk kuasi eksperimen. Sampel kajian dipilih secara rawak- melibatkan 60 orang mahasiswa bagi kumpulan rawatan dan 60 orang mahasiswa bagi kumpulan eksperimen daripada 2 universiti iaitu Mu'tah dan al­ Balqa'. Kajian ini telah menyediakan 2 skala pengukur yang telah melalui penilaian bagi pengesahan dan kebolehpercayaan, iaitu skala pengukur pandangan tentang penyalahgunaan dan penagihan dadah dan skala pengukur bagi ujian pandangan tentang kesan program pencegahan berdasarkan model Borders & Drury terhadap pengetahuan, sikap dan emosi. Data yang diperoleh telah dianalisis bagi melihat perbezaan hasil di antara kumpulan rawatan dan eksperimen. Selain itu, data turut dianalisis menggunakan Ujian-T (T-Test) dan Ujian Anova Sehala (One Way Anova) bagi melihat perbezaan dapatan berdasarkan jantina, fakulti dan tahun pengajian. Kajian ini mendapati bahawa model pencegahan berasaskan dokumentasi dan rakaman video telah memberi kesan yang signifikan terhadap kumpulan eksperimen dalam membentuk pandangan negatif terhadap penyalahgunaan dan penagihan dadah. Kajian ini turut mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tentang pandangan negatif terhadap penyalahgunaan dan penagihan dadah bagi kumpulan eksperimen berdasarkan jantina, fakulti dan tahun pengajian. Walau bagaimanapun­kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tentang kesan program pencegahan terhadap pengetahuan, sikap dan emosi bagi kumpulan eksperimen berdasarkan jantina, fakulti dan tahun pengajian. Kajian ini berjaya membina, melaksana dan mengukur keberkesanan model pencegahan daripada penyalahgunaan dan penagihan dadah berasaskan dokumentasi dan rakaman video. Semua pihak yang bertanggungjawab di universiti-universiti di Jordan perlu mempraktikkannya sebagai satu strategi pencegahan penyalahgunaan dan penagihan dadah. Selain itu, program-program yang pelbagai serta menggunakan teknik terkini wajar disediakan termasuk keperluan kaunseling yang berguna kepada mahasiswa universiti bagi mencegah mereka daripada terlibat dengan gejala dadah.
Physical Description:289 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 179-188)