Pengaruh kemahiran berfikir kritis terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran serta kompetensi pengajaran dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Usaha melatih siswa guru untuk mencapai tahap standard kompetensi yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan komitmen yang perlu direalisasikan oleh pensyarah. Siswa guru perlu mencapai tahap kompetensi bagi memastikan kemahiran berfikir kritis (KBK) dapat diaplikasikan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Badruddin Hassan (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099705
005 20240520.0
008 201123s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a LB1590.3   |b .B33 2020 
090 0 0 |a LB1590.3   |b .B33 2020 
100 0 |a Badruddin Hassan ,   |e author 
245 1 0 |a Pengaruh kemahiran berfikir kritis terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran serta kompetensi pengajaran dalam kalangan siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia   |c Badruddin bin Hassan 
264 0 |c 2020 
300 |a xviii, 341 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 254-328) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Kemahiran berfikir kritis, strategi pengajaran dan pembelajaran serta kompetensi pengajaran guru -- 3. Metodologi -- 4. Hasil kajian -- 5. Perbincangan, implikasi dan cadangan 
520 |a Usaha melatih siswa guru untuk mencapai tahap standard kompetensi yang ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan komitmen yang perlu direalisasikan oleh pensyarah. Siswa guru perlu mencapai tahap kompetensi bagi memastikan kemahiran berfikir kritis (KBK) dapat diaplikasikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Penyediaan struktur latihan pra perkhidmatan yang berkesan perlu bagi memastikan elemen KBK dilaksanakan oleh siswa guru. Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif untuk mengenal pasti tahap KBK, tahap Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (SPdP) dan tahap Kompetensi Pengajaran Guru (KPG). Terdapat sembilan objektif kajian dan sembilan hipotesis kajian dikemukakan untuk menjawab permasalahan kajian. Kajian secara tinjauan rentasan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengumpul data yang melibatkan 473 orang responden. Pensampelan rawak mudah digunakan untuk memilih sampel kajian yang terdiri daripada siswa guru di IPGM. Analisis terhadap dapatan kajian dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS versi 22 untuk menghuraikan dapatan secara statistik deskriptif bagi memperoleh peratus, min dan sisihan piawai. Manakala dapatan kajian dianalisis secara statistik inferensi dengan menggunakan Ujian- T, Analysis of Varians (ANOVA), Korelasi Pearson dan Regresi Linear Pelbagai untuk menjelaskan perbezaan, hubungan dan pengaruh yang wujud antara tahap KBK dengan tahap SPdP dan tahap KPG. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang tinggi bagi KBK, SPdP dan KPG. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi jantina, sijil kelayakan masuk ke IPG dan jumlah jam mengikuti kursus KBK. Namun terdapat perbezaan yang signifikan bagi bidang pengkhususan dan pencapaian akademik terhadap KBK, SPdP dan KPG. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pada tahap sederhana antara KBK dengan SPdP dan KPG. Namun, didapati terdapat hubungan yang kuat antara SPdP dengan KPG. Analisis dapatan kajian menunjukkan wujud pengaruh KBK pada tahap rendah terhadap SPdP dan pada tahap sederhana terhadap KPG. Kesimpulannya hasil kajian ini menunjukkan pemboleh ubah KBK, SPdP dan KPG mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pemikiran kritis siswa guru. Halangan-halangan yang dihadapi oleh siswa guru dalam mempraktikkan KBK di dalam kelas semasa menjalani latihan praktikum perlu diberi perhatian oleh pihak IPGM. IPGM selaku pelaksana latihan keguruan berperanan untuk melaksanakan penambahbaikan terhadap kandungan latihan agar menitikberatkan elemen KBK dalam kalangan siswa guru. Siswa guru perlu merancang dan menggunakan SPdP seperti Strategi Penyoalan, Strategi Pembelajaran Aktif, Strategi Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Strategi Pembelajaran Koperatif yang berupaya meningkatkan KBK. Tahap SPdP yang tinggi dapat menunjukkan siswa guru mempunyai keyakinan terhadap penyampaian elemen KBK semasa proses PdP. Tahap KPG siswa guru yang terdiri daripada nilai profesionalisme, kemahiran PdP dan komunikasi merupakan konstruk yang memberi kesan terhadap KBK siswa guru. Kajian ini berjaya mencadangkan Model KBK, SPdP dan KPG siswa guru sebagai panduan dalam melaksanakan KBK, SPdP dan KPG dengan menggunakan Model Lajur. Implikasi daripada kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pembangunan latihan di institusi latihan perguruan khususnya dalam meningkatkan kualiti siswa guru yang mempunyai KBK yang tinggi pada masa hadapan dan dapat memenuhi cabaran pendidikan abad ke 21. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Applied Social Sciences   |v Dissertations 
650 0 |a Critical thinking   |x Study and teaching 
650 0 |a Critical thinking   |z Malaysia 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Education   |x Study and teaching   |z Malaysia 
650 0 |a Education   |z Malaysia 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Applied Social Sciences 
999 |a 1000181060   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus