| Summary: | Pengetua diberi arnanah mengurus tadbir organisasi di sekolah untuk memastikan sistem pentadbiran berjalan dengan lancar dan sekali gus memacu ke arah penghasilan pendidikan yang berkualiti. Namun demikian, terdapat segelintir pengetua yang masih kurang jelas dalarn memberikan sokongan dan bantuan untuk membantu meningkatkan keupayaan kepimpinan guru di sekolahnya. Rentetan daripada kepincangan kepimpinan pengetua mampu membawa kepada kesan yang negatif terhadap aspek-aspek yang boleh membantutkan kecemerlangan sekolah terutama dalam aspek keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap amalan kepimpinan transformasional pengetua sekolah menengah di Daerah Lawas, mengetahui tahap keupayaan kepimpinan guru sekolah menengah di Daerah Lawas, mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap keupayaan kepimpinan guru dari segi demografi dan mengenal pasti sama ada wujud hubungan antara amalan kepimpinan transformasional pengetua dengan keupayaan kepimpinan guru sekolah menengah di Daerah Lawas, Sarawak. Kaedah kuantitatif dan instrumen kajian yang telah diubahsuai daripada Multifactor Leadership Questionnaire oleh Bass dan Avolio telah digunakan untuk mengukur amalan kepimpinan pengetua manakala soal selidik Leadership Capacity School Survey Instrument (LCCSI) oleh Lambert untuk mengukur keupayaan keimpinan guru. Kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik dilaksanakan melibatkan 161 responden di empat buah sekolah menengah di Daerah Lawas, Sarawak. Data yang diperoleh kemudian dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 25. Statistik deskriptif digunakan bagi menganalisis data demografi dan juga tahap amalan kepimpinan transformasional. Seterusnya, ujian ANOVA Sehala digunakan bagi melihat perbezaan tahap keupayaan kepimpinan guru mengikut faktor demografi. Bagi mengukur hubungan antara amalan kepimpinan transformasional pengetua dengan keupayaan kepimpinan guru, pengkaji
menggunakan ujian Regresi Stepwise. Sebanyak 66 item yang menggunakan skala Likert yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya dan didapati nilai Cronbach Alpha adalah sangat tinggi iaitu 96. Hasil dapatan kajian menunjukkan amalan kepimpinan transformasional pengetua dan keupayaan kepimpinan guru di sekolah kajian adalah pada tahap yang tinggi. Manakala dapatan Daripada analisis regresi yang dijalankan, didapati dua daripada empat pemboleh ubah iaitu stimulus intelektual dan motivasi berinspirasi merupakan faktor peramal yang memberi pengaruh terhadap keupayaan kepimpinan guru. Manakala dua lagi pemboleh ubah lain iaitu karismatik dan bertimbang rasa secara individu merupakan bukan faktor yang mempengaruhi keupayaan kepimpinan guru. Sekolah yang berkesan wujud hasil daripada gaya kepimpinan pengetua dan juga sikap profesionalisme guru yang tinggi serta
mempunyai kemahiran dalam urusan kepimpinan, menjalankan tanggungjawab, penglibatan bermotivasi dan kerjasama erat untuk membentuk kejayaan.
|