Tahap pengetahuan individu Melayu berkahwin mengenai keganasan rumah tangga : kajian kes di Terengganu dan Kelantan

Keganasan rumah tangga (KRT) merupakan satu masalah sosial yang serius dan mampu memberi kesan kepada kesihatan mahupun kesejahteraan hidup seseorang. Statistik KRT yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat peningkatan dalam laporan mengenai KRT yang berlaku pada tahun...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nuruaslizawati Ayob (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099477
005 20240514093000.0
008 201026s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a HV6626   |b .N87 2020 
090 0 0 |a HV6626   |b .N87 2020 
100 0 |a Nuruaslizawati Ayob ,   |e author 
245 1 0 |a Tahap pengetahuan individu Melayu berkahwin mengenai keganasan rumah tangga :   |b kajian kes di Terengganu dan Kelantan   |c Nuruaslizawati binti Ayob 
264 0 |c 2020 
300 |a xiv, 151 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Kerja Sosial) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 128-142) 
505 0 |a 1. Latar belakang -- 2. Ulasan literatur -- 3. Metodologi kajian -- 4. Dapatan kajian: tahap pengetahuan dan bentuk-bentuk keganasan rumahtangga -- 5. Dapatan kajian: inisiatif social bagi membantu mangsa keganasan rumahtangga -- 6. Kesimpulan 
520 |a Keganasan rumah tangga (KRT) merupakan satu masalah sosial yang serius dan mampu memberi kesan kepada kesihatan mahupun kesejahteraan hidup seseorang. Statistik KRT yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan terdapat peningkatan dalam laporan mengenai KRT yang berlaku pada tahun 2014 hingga 2019. Justeru satu kajian mengenai KRT dilakukan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan responden tentang KRT, menganalisis bentuk keganasan yang pernah dialami oleh responden dan mencadangkan inisiatif sosial yang sesuai bagi meningkatkan tahap kesejahteraan hidup masyarakat berdasarkan hasil kajian yang diperolehi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui kaedah tinjauan untuk mendapatkan data kajian. Kajian ini dilakukan di Negeri Terengganu dan Kelantan melalui teknik persampelan pelbagai peringkat. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 390 orang responden menggunakan teknik persampelan bertujuan dan rawak mudah. Teknik lapor sendiri telah digunakan dan dianalisis melalui perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 22 dan diolah menggunakan analisis berbentuk deskriptif dan inferensi. Ujian statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah Ujian-T, Anova, korelasi dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi mengenai isu KRT. Dari segi bentuk keganasan yang dialami, bentuk keganasan yang paling dominan berlaku dalam sesebuah rumah tangga adalah keganasan berbentuk ekonomi. Kajian ini mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara responden lelaki dan wanita terhadap bentuk KRT yang dialami oleh mereka. Golongan wanita didapati lebih cenderung mengalami KRT berbanding lelaki disebabkan oleh kuasa dan kawalan yang dimiliki oleh kaum lelaki. Kepelbagaian dalam faktor sosio demografi diuji bagi memastikan terdapat kepentingan pembolehubah bebas ini dalam membentuk keganasan yang dinyatakan. Daripada hasil kajian yang diperolehi, kajian ini mendapati status perkahwinan, jenis pekerjaan, dan pendapatan isi rumah mempunyai hubungan dengan bentuk-bentuk keganasan yang wujud. Sebagai tindakan susulan terhadap penemuan kajian, adalah dicadangkan pendekatan berbentuk top down dan bottom up kepada setiap lapisan masyarakat supaya isu mengenai KRT dapat diatasi secara bersepadu dan masyarakat lebih berani untuk tampil dan melaporkan kes KRT yang berlaku. Inisiatif yang dicadangkan adalah penting untuk mengurangkan masalah KRT yang berlaku, mewujudkan masyarakat yang mempunyai ikatan yang utuh, mengembalikan kefungsian keluarga serta mewujudkan persekitaran keluarga yang harmoni. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Applied Social Sciences   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Domestic violence 
650 0 |a Family violence 
650 0 |a Family violence   |z Kelantan 
650 0 |a Family violence   |z Terengganu 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Applied Social Sciences 
999 |a 1000180507   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus