Pembinaan 'modul suka jawi' bagi murid lemah jawi sekolah rendah

Masalah lemah dalam penguasaan jawi banyak diperbincangkan oleh pelbagai pihak terutamanya sarjana pendidikan sejak mutakhir ini. Masalah tersebut dikatakan berpunca sejak di peringkat sekolah rendah. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan oleh pakar-pakar bidang jawi dan guru pendidikan Islam (GPI)...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Rasyidah Ibrahim (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Research Institute for Islamic Products and Malay Civilization
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099476
005 20240709093000.0
008 201026s2018 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a LB1592   |b .R37 2018 
090 0 0 |a LB1592   |b .R37 2018 
100 0 |a Rasyidah Ibrahim ,   |e author 
245 1 0 |a Pembinaan 'modul suka jawi' bagi murid lemah jawi sekolah rendah   |c Rasyidah binti Ibrahim 
264 0 |c 2018 
300 |a xvi, 212 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Pendidikan) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2018 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 131-143) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Sorotan literatur -- 3. Metodologi kajian -- 4. Dapatan kajian dan perbincangan -- 5. Rumusan, implikasi dan candangan 
520 |a Masalah lemah dalam penguasaan jawi banyak diperbincangkan oleh pelbagai pihak terutamanya sarjana pendidikan sejak mutakhir ini. Masalah tersebut dikatakan berpunca sejak di peringkat sekolah rendah. Oleh itu, pelbagai usaha dilaksanakan oleh pakar-pakar bidang jawi dan guru pendidikan Islam (GPI) namun hasilnya masih kurang memuaskan dan masalah lemah jawi masih berlarutan. Masalah utama yang dihadapi GPI adalah tiada disediakan modul khusus pemulihan jawi sekolah rendah sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) hinggalah perubahan terkini kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Justeru, kajian ini bertujuan untuk membantu menyelesaikan masalah lemah jawi dengan memperkenalkan 'Modul Suka Jawi' (MSJ) yang bersesuaian dengan keupayaan murid lemah jawi di peringkat sekolah rendah. Kajian ini merangka 'Modul Suka Jawi', melaksanakan dan menilai kebolehgunaan modul tersebut terhadap murid lemah jawi di sekolah rendah. Metodologi Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Rekabentuknya adalah penambahbaikan kepada modul KPM sedia ada iaitu Modul j-QAF dan KCJ tetapi diubahsuai mengikut keperluan, tahap kecerdasan, pemulihan dan motivasi murid lemah jawi. Modul ini diadaptasi daripada modul pengajaran oleh Sidek dan Jamaludin (2005) dan Modul Kesedaran Hati oleh Shahril (2012). Sampel pilihan adalah 60 orang daripada 120 orang murid lemah jawi Tahun 2 hingga 6 dari Sekolah Kebangsaan Bukit Payong Marang Terengganu. Mereka dipilih berdasarkan pencapaian kurang 40% iaitu berada pada gred D dan E dalam ujian sumatif 2015. Kajian meliputi dapatan kajian yang diperoleh daripada data soal selidik dan temu bual murid dan guru berkaitan MSJ. Data dianalisis secara deskriptif iaitu yang tertinggi dan terendah. Satu draf modul yang bersesuaian dengan murid lemah jawi sedia dibina berdasarkan keputusan temu bual dan soal selidik penggunaan MSJ. Hasil analisis keperluan yang diperoleh adalah tinggi iaitu setiap item temu bual mendapat skala 4 dan 5 iaitu setuju dan sangat setuju iaitu sebuah modul khas pemulihan jawi sangat perlu dibina untuk meningkatkan semula penguasaan murid lemah jawi. Dapatan terhadap kebolehgunaan modul MSJ oleh GPI juga adalah tinggi iaitu setiap item temubual mendapat skala 4 dan 5 iaitu setuju dan sangat setuju manakala dapatan terhadap penerimaan murid juga tinggi iaitu setiap item soal selidik mendapat jawapan 'ya' melebihi 50 orang murid. Kesimpulan didapati MSJ berupaya meningkatkan semula minat dan motivasi murid lemah jawi dalam penguasaan jawi. Justeru MSJ telah memberi impak yang besar terhadap tahap penguasaan murid lemah jawi kerana mereka berupaya menulis dan membaca tulisan jawi pada kadar kecerdasan yang sederhana tetapi konsisten. Ini menunjukkan MSJ sesuai digunapakai oleh murid lemah jawi dalam kelas pemulihan jawi sekolah rendah khasnya dan boleh diketengahkan ke peringkat sekolah menengah, institusi pengajian tinggi dan masyarakat amnya. Walaupun modul ini hanya sebagai draf awal dan tidak melengkapi keseluruhan sukatan pelajaran jawi, tetapi penambahbaikan yang dibuat telah disusun dengan kemas, teliti dan selari dengan sukatan pelajaran jawi KPM sekarang. 
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Research Institute for Islamic Products and Malay Civilization   |v Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
650 0 |a Activity programs in education 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Education, Elementary   |x Activity programs 
650 0 |a Islamic education   |z Malaysia 
650 0 |a Jawi alphabet 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Research Institute for Islamic Products and Malay Civilization 
999 |a 1000180508   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus