Kesan dwi-surfaktan ke atas prestasi dan pencirian membran asimetri ultraturasan

Pemisahan membran telah dikenalpasti sebagai pendekatan menarik untuk teknik pemisahan kerana prosesnya yang cepat dan teknologi kecekapan tinggi. Dalam pembuatan membran, pengawalan struktur membran adalah sangat penting untuk menghasilkan membran yang berprestasi tinggi serta ciri-ciri yang baik....

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Che Wan Insyirah Che Wan Takwa (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . East Coast Environmental Research Institute
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Pemisahan membran telah dikenalpasti sebagai pendekatan menarik untuk teknik pemisahan kerana prosesnya yang cepat dan teknologi kecekapan tinggi. Dalam pembuatan membran, pengawalan struktur membran adalah sangat penting untuk menghasilkan membran yang berprestasi tinggi serta ciri-ciri yang baik. Untuk menghasilkan membran sebegini, penambahan surfaktan yang sesuai ke dalam larutan formulasi adalah strategi yang mudah digunakan dan berkesan. Walau bagaimanapun, penggunaan surfaktan tunggal didapati bahawa belum lagi mencukupi untuk menghasilkan membran yang optimum dan kememilihan yang tinggi, Oleh itu, kajian ini memberi tumpuan kepada kesan dwi-surfaktan terhadap peningkatan keliangan, prestasi dan pencirian membran. Membran asimetri ultraturasan berasaskan polivinilidin fluorida (PVDF)-surfaktan yang baharu dihasilkan dengan menggunakan kaedah teknik fasa balikan kering/basah. Kajian ini mengkaji kesan aditif berbeza ke atas polimer PVDF, penambahan surfaktan tunggal dan penggunaan dwi-surfaktan ke atas prestasi membran dari segi penyerapan air tulen (PWP), penyingkiran protein dan ciri-ciri membran. Kebolehtelapan membran dijalankan menggunakan air tulen manakala penyingkiran protein dilakukan menggunakan larutan Bovine Serum Albumin (BSA) dan Albumin telur (EA). Selain itu, struktur morfologi dan orientasi molekul terhadap membran UF-surfaktan berjaya dicirikan dengan menggunakan Mikroskopi Elektron Pengimbasan (SEM) dan Spektroskopi Transformasian Fourier Inframerah (FTIR). Data eksperimen membuktikan bahawa membran dapat dihasilkan daripada penyediaan PVDF polimer sebanyak 17%. Membran ini mendemostrasikan prestasi PWP tertinggi berjumlah 455.82 L/m2j dan menunjukkan penyingkiran protein yang tinggi sehingga 84% (BSA) dan 73% (EA). Dari segi aditif yang berbeza, PVP mengeluarkan PWP tertinggi (472.39 L/m2j) dan fluks telapan protein (151.72 L/m2j) berbanding aditif lain seperti LiCl dan PEG 200. Selain itu, komponen dwi- surfaktan, SDS/Tween 80 dan Triton X/Tween 80 dengan nisbah 1:1 adalah lebih berkesan untuk meningkatkan prestasi membran iaitu memperoleh nilai PWP tertinggi sebanyak 838.11 L/m2j dan juga mencapai penyingkiran protein yang tinggi iaitu 93% BSA dan EA sebanyak 79%. Berdasarkan morfologi dan orientasi molekul, penambahan surfaktan ke dalam pembuatan membran ini menjurus untuk pembentukan keliangan seperti jejari dan makrolowong yang lebih besar serta jajaran dan orientasi molekul yang baik. Kajian ini membuktikan bahawa dwi-surfaktan yang digunakan sebagai bahan tambahan mempengaruhi prestasi membran dengan produktiviti dan efikasi yang tinggi. Ciri-ciri ini adalah sangat penting untuk membran diaplikasikan terutamanya dalam industri yang berimpak tinggi seperti rawatan sisa air, pemprosesan makanan dan bioteknologi berasaskan industri.
Physical Description:xix, 219 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 205-212)