Analisis balaghah terhadap gaya bahasa al-tawkid dalam Diwan Imam al-Shafi'i r.h.m

Gaya bahasa al-tawkid (التوكىد) dalam bahasa Arab mempunyai fungsi dan keistimewaan yang tersendiri bergantung kepada keadaan pendengar. Namun, kegagalan dalam memahami cabang Balaghah Arab menimbulkan kekeliruan dalam mentafsirkan makna al­tawkid. Imam al-Shafi'i r.h.m adalah seorang tokoh yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nik Murshidah Nik Din (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Research Institute for Islamic Products and Malay Civilization
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Gaya bahasa al-tawkid (التوكىد) dalam bahasa Arab mempunyai fungsi dan keistimewaan yang tersendiri bergantung kepada keadaan pendengar. Namun, kegagalan dalam memahami cabang Balaghah Arab menimbulkan kekeliruan dalam mentafsirkan makna al­tawkid. Imam al-Shafi'i r.h.m adalah seorang tokoh yang amat disegani dalam bidang bahasa Arab. Namun karya beliau kurang dimanfaatkan sebagai sumber pendalilan dalam tatabahasa Arab. Hal ini disebabkan oleh kajian tentang gaya bahasa dalam Diwan al­Shafi'i r.h.m masih kurang diketengahkan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti makna al-tawkid dalam konteks Nahu dan Balaghah Arab. Kajian ini turut menganalisis maksud tersirat penggunaan al-tawkid bi al-adat (pengukuhan dengan partikel) dalam Diwan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan untuk mencapai objektif kajian. Diwan al-Shafi'i r.h.m oleh Mujahid Mustafa Bahjat merupakan data primer dalam kajian ini. Manakala, sumber sekunder pula adalah buku-buku ilmiah dan jurnal-jurnal berautoriti. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Atlas t.i versi 8. Sebanyak 65 sampel teks daripada 150 teks puisi Imam al-Shafi'i r.h.m yang menggunakan al-tawkid bi al-adat dipilih untuk dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan gaya bahasa al-tawkid dalam Balaghah membawa makna pengukuhan keseluruhan ayat. Manakala, al-tawkid dalam Nahu menunjukkan pengukuhan sebahagian ayat. Terdapat dua kaedah penggunaan al-tawkid bi al-adat, iaitu pengukuhan dengan satu partikel al-tawkid dan pengukuhan dengan multi­partikel al-tawkid. Empat fungsi penggunaan al-tawkid bi al-adat telah dikenal pasti iaitu al-tawkid li al-zaman (pengukllhan berkaitan masa), al-tawkd li nafyi al-fi'li (pengukuhan menafikan perbuatan), al-tawkid li al-tashih (pengukuhan untuk membetulkan) dan al­tawkid li al-sakhsi (pengukuhan individu). Penggunaan satu partikel al-tawkid adalah berkaitan akhlak, manakala penggunaan lebih daripada satu partikel al-tawkid adalah berkaitan akidah dan keimanan. Imam al-Shafi'i r.h.m dikenali sebagai tokoh linguistik yang sangat mahir dalam mengolah bahasa dan memilih kata-kata sangat sesuai berdasarkan masa, tempat dan konteks pengguna pada setiap masa. Kajian ini memberi sumbangan akademik dari sudut implikasi terhadap struktur tatabahasa Arab. Kajian ini mencadangkan Diwan al-Shafi'i r.h.m menjadi sumber pendalilan Balaghah Arab.
Physical Description:xx, 316 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 302-309)