| Summary: | Pendahuluan: Konflik penentangan antara kebenaran dengan kebatilan berterusan semenjak awal kewujudan dunia ini sehinggalah kebinasaanya. Hal ini kerana secara reaIitinya kebangkitan anasir yang baik menentang anasir yangjahat berlaku pada setiap masa dan tempat. Selagimana, orang-orang yang mendokong kebenaran kekal berada di atas jalan yang benar, maka orang-orang yang beriman akan mencapai kemenangan dan orang yang zalim akan musnah. Bagaimanapun, timbul permasalahan apabila tidak ada kemenangan yang hakiki dalam realiti umat Islam pada hari ini biarpun mereka merupakan pihak yang benar, pemegang panji tauhid dan dijanjikan dengan kemenangan yang nyata oleh Allah. Malah penentangan umat Islam terhadap kebatilan tetap berterusan dalam pelbagai keadaan. Namun, cara yang digunakan oleh umat I lam untuk meneapai kemenangan tidak memenuhi syarat dan adab sebagaimana yang ditetapkan. Hakikatnya,penentangan antara umat Islam dengan pihak musuh adalah penentangan berkaitan akidah. Pihak musuh mempunyai tujuan menghilangkan identiti Islam dan menerapkan nilai Barat dalam diri orang Islam selain mahu menakluk tanah orang Islam. Tujuan merekatidak terhenti kepada perang ketenteraan, bahkan melangkaui perang pemikiran, ekonomi, pilitik, sosial, akal dan masyarakat Islam. Justeru, umat Islam wajib melihat kembali akidah dan bersiap sedia dari sudut fizikal untuk berhadapan dengan penentangan ini sehingga beroleh kemenangan. Kajian ini bertujuan menerangkan definisi kemenangan dan istilah-istilah yang berkaitan dengannya sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran al-Karim. Kajian ini juga bertujuan menjelaskan sunnatullah dan peraturan yang perIu ada dan diikuti bagi mencapai sebuah kemenangan. Selain itu, ia bertujuan mengumpulkan dan mengkaji faktor-faktor kemenangan yang dinyatakan dalam al-Quran. Metodologi Kajian: Kajian ini adalah kajian kualitatif, yang menggunakan metode induktif bagi mengkaji dan mengumpulkan ayat al-Quran yang berkaitan berpandukan beberapa bahan rujukan utama. Kajian ini turut menggunakan metode analitik dan deskriptif bagi menganalisis ayat al-Quran yang dikumpulkan dan set rusnya menghubung kait isi penting dengan topik kemenangan. lsi penting yang di analisis adalah definisi kemenangan, istilah kemenangan yang terdapat dalam al-Quran al-Karim, sunnatullah dan peraturan yang terdapat dalam sebuah kemenangan dan sebab utama kemenangan. Kesemua isi penting ini diolah, disusun dan ditulis seeara ilmiah dan tersusun. Hasil Kajian: Hasil kajian utama adalah: Mencapai kemenangan merupakan isu paling penting dalam kehidupan umat Islam pada setiap masa dan tempat, dan ia merupakan tuntutan syariat yang wajib untuk dilakukan. Sunnatullah dalam kemenangan orang beriman telah nyata, ditetapkan dan pasti berlaku sehingga hari kiamat, namun terdapat beberapa peraturan yang mesti dilalui bersesuaian dengan ketentuan Allah. Orang yang beriman memahami bahawa sunnah kemenangan adalah perkara yang pasti tanpa pertikaian. Memahami Sunnatullah menupalkan satu-satunya eara untuk mengenaI pasti faktor suatu kemenangan atau suatu kekaIahan. Sunnatullah dalam memberi kemenangan kepada orang mukmin mempunyai hubungan dengan sunnatullah dalam pergolakan diantara kebenaran dan kebatilan. Pergolakan ini berkait rapat dengan akidah yang merupakan asas utama kepada kemenangan. Kemenangan yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang beriman adalah pasti, sepertimana yang terdapat dalam al-Quran al-Karim yang mesti diperjuangkan secara realiti. Usaha untuk mencapai kemenangan adalah merupakan Sunnah rabbaniyyah yang perlu diikuti oleh umat Islam kini, sebagaimana yang telah dilakukan oleh umat Islam terdahulu. Al-Quran al-Karim telah menyatakan sepuluh sebab utama mencapai sebuah kemenangan yang boleh digunakan pada setiap masa dan tempat. Kemenangan orang yang beriman bukan pada pencerobohan dan kezaliman, ataupun penjajahan dan penaklukan terhadap sesiapa, tetapi ia merujuk kepada penyebaran agama Islam yang suci, merealisasikan kebenaran dan menolak kebatilan, serta memakmurkan muka bumi ini dengan kebaikan dan menentang kejahatan. Kesimpulan: Kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan yang realistik kepada umat Islam agar bekerjasama dengan cara yang benar sehingga mencapai kemenangan dengan izin Allah. Para ulama dan pengkaji seterusnya,juga disarankan agar mengetengahkan isu semasa dan permasalahan umat Islam demi mencari cara penyelesaian yang sesuai. Antaranya adalah isu berkaitan kernenangan orang mukmin dengan memberi tumpuan kepada kajian terhadap kesan-kesan sunnatullah dengan melihat kepada realiti semasa yang berlaku. Selain itu, adalah perlu untuk mengkaji cara dan kaedah kontemporari yang bersesuaian dengan sebab pensyariatan bagi mencapai sebuah kemenangan.
|