| Summary: | Permasalahan Kajian: Isu tentang orang kelainan upaya pada zaman ini memerlukan kepada realiti kemanusiaan, kesedaran dan pengkajian. Ini disebabkan banyak kemalangan yang berlaku menambahkan lagi bilangan mangsa hilang keupayaan Justeru, menjadi kewajipan agar memperkenalkan tentang hukum syariah yang berkaitan dengan golongan ini. Terdapat beberapa persoalan fiqah dalam ibadah yang diperlukan oleh masyarakat moden di Yemen berhubung dengan orang kelainan upaya. Persoalan ini memerlukan penjelasan hukum syariah dan pengumpulan dalil seperti status imam seseorang yang cacat dan isu taharah, ijtihad seseorang yang buta dari segi kekotoran atau kebersihan pakaian, bekas yang digunakan dan tempatnya, serta ibadah dan status imam orang kelainan upaya dari sudut akal (golongan autisme). Kajian ini bertujuan menerangkan tentang orang kelainan upaya dan hukum berkaitan, mengenal pasti makna syariah dalam ibadah, urus tadbir masyarakat dan seterusnya penyelesaian isu-isu semasa berhubung dengan mereka. Metodologi Kajian: Kajian ini menggunakan metode deskriptif dan induktif dalam mengumpulkan maklumat dan kajian dari buku-buku fiqah serta beberapa tokoh imam bagi melihat pandangan dan dalil yang digunakan. Kajian ini turut menggunakan metode analitik setelah mengumpulkan maklumat untuk menganalisis semua dalil yang disebutkan oleh ahli fiqah dalam mengenal pasti hukum dan dalil yang berkaitan. Hasil Kajian: Hasil kajian menunjukkan bahawa syariah Islam telah digariskan bagi orang kelainan upaya mengikut keadaan dan kes yang berbeza. Makna syariah dalam ibadah yang dimaksudkan oleh pensyariatan itu sendiri adalah bersifat umum bagi setiap orang Islam dalam apa-apa keadaan. Ibadah orang yang tidak mampu kerana kecacatan fizikal adalah
mengikut keadaan dirinya, manakala pensyariatan solat di atas sejadah adalah bagi orang buta, kanak -kanak, orang sakit dan orang yang berkemampuan. Ijtihad orang buta boleh digunakan namun perlu merujuk kembali syariah jika syak pada kebersihan dan kekotoran pakaian, bekas yang digunakan dan tempatnya. Terdapat dua jenis orang kelainan upaya dari segi akal iaitu berat yang ditegah haknya daripada ahliyyah al-adda' (keupayaan dalam setiap perbuatan dan percakapan) dan tingkah lakunya tidak memberi kesan kepada syariah. Jenis yang kedua adalah ringan yang dikekalkan perbuatan dan ciri-cirinya, dan hukum yang dikeluarkan adalah sama seperti ahliyyah al-adaa'. Ibadah orang kelainan upaya tidak dikecualikan secara keseluruhannya melainkan perkara yang telah dijelaskan oleh ulama tentang keringanan dan cara tertentu dalam ibadah mereka bergantung kepada keadaan dan keupayaan masing-masing. Kesimpulan: Kajian memberi penjelasan untuk mengetahui tentang orang kelainan upaya dan cara yang dapat dilakukan dalam ibadah menurut makna syariah. Kajian ini juga membuktikan bahawa Islam memberi perhatian terutama dalam banyak hukum syariah terhadap golongan ini dalam masyarakat Islam tanpa mengabaikan mereka.
|