المستجدات الأسرية المنتخبة، دراسة فقهية مقاصدية في نيجيريا

Memelihara keturunan insan merupakan salah satu maqasid syariah terpenting yang amat perlu dititikberatkan, terutamanya apabila muncul isu-isu baharu yang memerlukan kajian dan penelitian semula. Kajian ini mengambil tanggungjawab untuk meneliti beberapa isu baharu yang timbul di Nigeria, khususnya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: عبد العزيز، شاكر الله (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Memelihara keturunan insan merupakan salah satu maqasid syariah terpenting yang amat perlu dititikberatkan, terutamanya apabila muncul isu-isu baharu yang memerlukan kajian dan penelitian semula. Kajian ini mengambil tanggungjawab untuk meneliti beberapa isu baharu yang timbul di Nigeria, khususnya isu-isu berkaitan fiqah keluarga seperti isu penculikan gadis, isu isteri yang enggan hamil untuk suaminya kerana masih belajar, serta banyak lagi. Permasalahan kajian ini dimanifestasikan pada kemunculan isu-isu baharu, dan yang seumpama dengannya, yang telah mencetuskan pelbagai masalah yang membawa kepada perpecahan sebahagian keluarga Muslim di Nigeria. Isu-isu baharu ini turut menimbulkan keraguan terhadap pemahaman sebahagian isu,yang secara zahirnya kelihatan dibolehkan, tetapi sebenarnya tidak dibolehkan. Justeru, isu-isu ini amat memerlukan penelitian dari sudut fiqah maqasid. Kajian ini bertujuan mengkaji isu-isu baharu yang timbul di Nigeria melalui perspektif fiqah maqasid serta mengenal pasti keraguan tentangnya melalui penelitian terhadap hukum yang berkaitan dengan bab fiqah keluarga dengan bersandarkan kepada usul dan ketetapan ilmu yang digariskan oleh ilmu syarak, serta pendapat ahli fiqah yang sahih dalam isu yang sama. Selain itu, kajian ini juga berhasrat menzahirkan kesan isu-isu baharu ini terhadap beberapa keluarga Muslim di Nigeria. Kajian ini ialah kajian kualitatif yang mengumpul data melalui analisis dokumentasi yang melibatkan buku, majalah dan bahan-bahan ilmiah. Ia juga menggunakan metode temu bual yang dijalankan terhadap beberapa ulama Nigeria yang berautoriti. Data turut dikumpul melalui akhbar bagi memberi gambaran tentang isu yang dikaji serta menganalisisnya, agar isu dan kekaburan yang wujud menjadi jelas. Seterusnya dikeluarkan hukum yang sesuai bagi satu-satu isu dengan cara mengemukakan isu-isu tersebut kepada ahli fiqah menerusi metode analisis kandungan dan komparatif. Antara dapatan utama kajian ini adalah mengemukakan penyelesaian terperinci bagi beberapa masalah keluarga yang menyebabkan ketidakseimbangan struktur dalam sebahagian keluarga Muslim di Nigeria. Selain itu, kajian ini turut mendedahkan syubhah yang wujud pada isu-isu yang hukumnya menimbulkan kekeliruan kepada sebahagian besar masyarakat Nigeria. Kajian ini menyimpulkan bahawa isu-isu keluarga yang baharu ini, serta pelbagai isu yang seumpama dengannya, telah menjadi kekangan kepada kehidupan beragama yang harmoni. Justeru, usaha untuk mengkaji isu-isu ini dari sudut fiqah serta penetapan hukumnya menjadi keperluan utama masa kini. Akhirnya, kajian ini menegaskan bahawa isu-isu baharu dalam permasalahan keluarga akan terus menerus wujud setiap hari. Isu-isu ini memerlukan kajian yang teliti dan penetapan hukum, malah perlu diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka hidup tenang serta jelas tentang hal ehwal agama dan dunia mereka. Agenda ini merupakan suatu kewajipan yang berat bagi para penyelidik. Penelitian terhadap isu-isu baharu ini dari perspektif fiqah dan maqasid memerlukan perhatian mendalam dan usaha gigih bagi mengenal pasti hukum yang paling hampir, yang seterusnya membawa kepada penetapan hukum pada konteksnya yang sesuai.
Physical Description:123 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 114-121)