فاعلية برنامج تعليمي قائم على الحوسبة السحابية في تعزيز الدافعية وتنمية التفكير التأملي في التربية الاسلامية لدى طلبة الصف العاشر في الامارات

Pengenalan: Pengajaran Pendidikan Islam amat penting dalam pembinaan dan pembentukan keperibadian Muslim dari segenap aspek; kognitif, psikologi, fizikal dan sosial. Para pelajar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan dengan pelbagai masalah, antaranya motivasi belajar yang rendah, interaksi dalam b...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: عرود، محمد عبد السلام سليمان (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Pengenalan: Pengajaran Pendidikan Islam amat penting dalam pembinaan dan pembentukan keperibadian Muslim dari segenap aspek; kognitif, psikologi, fizikal dan sosial. Para pelajar di Emiriah Arab Bersatu (UAE) berdepan dengan pelbagai masalah, antaranya motivasi belajar yang rendah, interaksi dalam bilik darjah yang lemah, serta tahap hasil pembelajaran yang rendah. Selain itu, para pelajar juga lemah dalam memahami dan berinteraksi dengan hukum fiqh dan hukum syara' kerana tiada latihan kemahiran berfikir yang pelbagai termasuk berfikir secara kritis, kreatif dan reflektif. Justeru, kajian ini bertujuan mereka bentuk program pendidikan berasaskan pengkomputeran awan bagi meningkatkan motivasi dan membina kemahiran pemikiran reflektif dalam Pendidikan Islam serta menilai keberkesanannya. Metodologi: Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan kuasi eksperimental. Sampel kajian bertujuan yang dipilih terdiri daripada 47 orang pelajar lelaki dan perempuan kelas sepuluh bagi kumpulan kawalan, dan 47 pelajar kelas sepuluh bagi kumpulan rawatan dari empat sekolah kerajaan di Abu Dhabi (Madinah al­Ain). Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak. Data dikumpul menggunakan instrumen kajian yoog dijalankan dalam program pendidikan berasaskan pengkomputeran awan, iaitu soal selidik motivasi pembelajaran (pra dan pasca), dan ujian kemahiran berfikir kontemplatif (pra dan pasca). Kedua-dua instrumen telah dinilai, serta disahkan kesahan dan kebolehpercayaannya. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menggunakan Ujian T Sampel Bebas dan Ujian ANOVA Satu Hala. Keputusan: Dapatan menunjukkan keberkesanan program pendidikan berasaskan pengkomputeran awan dalam meningkatkan motivasi dan membina kemahiran berfikir secara reflektif terhadap kumpulan rawatan. Dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan dalam kiraan min bagi ujian pasca kedua-dua kumpulan bagi soal selidik motivasi dan setiap bahagiannya, ujian pemikiran reflektif dan semua kemahiran berkaitannya dalam program yang dibangunkan, dengan kelebihan pada kumpulan rawatan. Dapatan turut menunjukkan bahawa tiada perbezaan signifikan dalam kiraan min kumpulan rawatan bagi soal selidik motivasi (pasca) dan ujian pasca pemikiran reflektif berdasarkan pembolehubah jantina. Kesimpulan: Sumbangan kajian ini yang paling utama adalah penghasilan program pendidikan yang telah dilaksanakan dan dibuktikan keberkesanannya. Oleh itu, kajian ini menyeru pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan UAE untuk menggunakannya, serta menggalakkan sekolah-sekolah untuk menyediakan infrastruktur, kelengkapan dan peralatan yang diperlukan bagi mengaktifkan penggunaan pengkomputeran awan, selaras dengan bilangan pelajar dan keperluan mereka. Kajian ini juga menyeru penyediaan program yang pelbagai dalam rangka strategi pengajaran berasaskan teknologi moden, terutamanya dalam mendepani trend masa depan ke arah mengkomputerkan kaedah pendidikan.
Physical Description:351 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 252-257)