(GRM) بناء مقياس لتشخيص صعوبات القراءة لدى تلاميذ المرحلة الأساسية في الأردن وفق نموذج الاستجابة المتدرجة

Pengenalan: Ramai pelajar peringkat asas di Jordan mengalami masalah kesukaran membaca. Pendekatan permulaan yang boleh diambil untuk menangani masalah ini adalah dengan mendiagnosis dan mengukur kesukaran yang dihadapi oleh pelajar menggunakan skala pengukuran yang terperinci dan dikodifikasi. Wala...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: فريحات، حلاء عبد المهدي حسين (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Online Access:https://eperpustakaan.unisza.edu.my/equip-udm/English/home.jsp
Description
Summary:Pengenalan: Ramai pelajar peringkat asas di Jordan mengalami masalah kesukaran membaca. Pendekatan permulaan yang boleh diambil untuk menangani masalah ini adalah dengan mendiagnosis dan mengukur kesukaran yang dihadapi oleh pelajar menggunakan skala pengukuran yang terperinci dan dikodifikasi. Walaupun telah ada beberapa skala pengukuran, ia sudah lama dan dibina berdasarkan teori tradisional dalam pengukuran. Sehingga kini, tiada skala pengukuran yang dibina berdasarkan teori baharu. Malah, pembinaan skala pengukuran yang sedia ada tidak mengambil kira pandangan para guru dalam mengukur kesukaran membaca sedangkan mereka merupakan pihak yang paling prihatin dan berpengetahuan dalam pengukuran dan penyelesaian masalah kesukaran membaca dalam kalangan pelajar. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina satu skala pengukuran untuk mendiagnosis kesukaran membaca dalam kalangan pelajar peringkat asas di Jordan berdasarkan respons guru dengan menggunakan Model Respons Berperingkat (Graded Response Model). Kajian ini juga bertujuan membina satu skala pengukuran yang mempunyai keobjektifan, kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk mendiagnosis kesukaran membaca dalam kalangan pelajar peringkat asas. Metode: Reka bentuk kajian ini ialah kajian kuantitatif yang menggunakan pendekatan analisis deskriptif tinjauan. Satu soal selidik yang terdiri daripada 44 item dibina menggunakan skala Likert lima mata. Kajian ini telah menguji kesahan kandungan dan kesahan konstruk soal selidik, dengan nilai pekali korelasi antara item dan skor keseluruhan adalah antara 0.187 - 0.471, dan kesemuanya signifikan secara statistik pada nilai signifikan 0.01, yang menyarankan indikator kesahan konstruk yang tinggi. Manakala nilai pekali kebolehpercayaan adalah amat tinggi, iaitu 0.855. Sampel kajian yang menjawab soal selidik terdiri daripada 484 orang guru peringkat asas di Jordan, iaitu 263 guru lelaki dan 221 guru perempuan dan dipilih secara pensampelan rawak. Data pula dianalisis menggunakan perisian statistik SPSS, exametrika 5.3, Winstep dan GMHDIF. Keputusan: Kajian ini memenuhi syarat penggunaan analisis faktor dan mengesahkan andaian model respons bagi setiap item (unidimensionaliti, kebebasan setempat, kecepatan pelaksanaan, kesignifikanan maklumat item dan skala pengukuran, dan lengkungan sifat item). Tempoh nilai ambang perbezaan, min dan sisihan piawai item juga menunjukkan ketepatan penganggaran indeks kesukaran item. Enam individu dan 11 item ang tidak sepadan dengan model telah dikecualikan. Bentuk akhir skala pengukuran ini diperolehi selepas pengguguran item-item yang menunjukkan prestasi yang berbeza yang tidak dapat ditentukan gred statistiknya (Generalized Mantel-Haenszel), serta tidak sepadan dengan model (26 item). Kesemua item signifikan secara statistik pada tahap signifikan 0.01 dan 0.05, yang enyarankan nilai kesahan konstruk yang tinggi. Begitu juga nilai pekali kebolehpercayaan iaitu 0.793 ialah nilai yang am at tinggi. Dapatan kajian turut menyarankan bahawa tiada perbezaan signifikan secara statistik pada tahap signifikan 0.05, malah lebih kecil pada nilai min, pada respons para guru terhadap skala pengukuran diagnosis kesukaran membaca berdasarkan pembolehubah jantina, tahap pendidikan dan tempoh pengalaman. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan pada pembolehubah daerah, iaitu nilai yang lebih tinggi bagi daerah Selatan Jordan berbanding daerah Utara. Kesimpulan: Kajian ini mengemukakan satu skala pengukuranuntuk mengukur kesukaran membaca dalam kalangan murid peringkat asasdi Jordan berdasarkan teori baharu iaitu Model Respons Berperingkat (Graded Response Model) dengan memanfaatkan respons para guru kerana mereka yang terlibat serta paling prihatin ten tang pengukuran dan penyelesaian masalah kesukaran membaca pelajar. Kajian ini menyarankan agar pihak yang berkenaan di Kementerian Pendidikan memanfaatkan instrumen ini untuk mengenal pasti tahap dan merawat masalah kesukaran membaca dalam kalangan pelajar. Kajian ini juga menyarankan pembinaanskala pengukuran untuk mendiagnosis kesukaran membaca menggunakan teori pengukuran terbaharu serta sampel yang berbeza daripada kalangan mereka yang terlibat secara langsung dalam mendiagnosis dan menyelesaikan masalah kesukaran membaca dalam kalangan pelajar.
Physical Description:331 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 290-304)