Pembinaan modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks Bahasa Arab

Kajian ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa Arab. Proses pembinaan modul berdasarkan adaptasi Model Sidek melalui tiga fasa utama iaitu, analisis keperluan; reka bentuk dan pembinaan; penilaian dan pelaksanaan. Pendekatan kualitatif digunakan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nooraihan Ali (Author)
Corporate Author: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membina modul pembelajaran kendiri strategi pemahaman membaca teks bahasa Arab. Proses pembinaan modul berdasarkan adaptasi Model Sidek melalui tiga fasa utama iaitu, analisis keperluan; reka bentuk dan pembinaan; penilaian dan pelaksanaan. Pendekatan kualitatif digunakan dalam semua fasa pembinaan melalui pemerhatian, temubual separa berstruktur, kajian kepustakaan, bukti dokumen, ulasan dan komen peserta kajian. Data kualitatif disokong oleh data kuantitatif yang diperolehi daripada soal se1idik kesahan kandungan modul oleh empat orang pakar bidang, dan ujian pencapaian (pra dan pasca) oleh 30 orang responden. Data kualitatif dianalisis dengan mereduksikan, memaparkan, dan membuat kesimpulan serta pengesahan data. Data kuantitatif dianalisis menggunakan kadar peratusan dan kekerapan bagi soal selidik kesahan modul dan ujian t bagi ujian pencapaian menggunakan aplikasi Microsoft Exel dan SPSS. Dapatan kajian fasa satu menunjukkan wujudnya keperluan kepada pengajaran strategi pemahaman membaca (adaptasi kaedah Survey, Question, Read, Recite, Review-SQ3R) secara bermodu1. Fasa kedua telah menghasilkan draf modul secara tersusun dan mempunyai kesahan yang tinggi berdasarkan penilaian kesahan kandungan oleh pakar bidang. Rumusan ujian t pra kefahaman dan pasca kefahaman menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.OOO) bagi tahap ujian kefahaman pelajar sebelum dan selepas mereka menggunakan modul. Dapatan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P<.OOO) bagi tahap masa pelajar menjawab soalan sebelum dan selepas mereka menggunakan modul. Maka, pelaksanaan modul ini adalah efektif untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar ketika membaca teks bahasa Arab dengan lebih tepat dan pantas. Kesimpulannya, modul yang terhasil daripada proses pembinaan secara sistematik ini, mampu meningkatkan kebolehan pelajar memahami bacaan bahasa Arab dengan lebih tepat dan pantas. Kajian ini telah membawa kepada penghasilan model pembinaan modul pembelajaran kendiri dan model strategi membaca yang dikenali sebagai SQR (Survey, Question, Read) yang baharu. Penghasilan dan penggunaan modul pembelajaran kendiri ini relevan dengan tuntutan Dasar Pendidikan Kebangsaan Malaysia yang ingin "memastikan setiap murid Islam berpeluang mengikuti Pendidikan Islam dan bahasa Arab yang berkualiti".
Physical Description:xix, 299 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 276-295)