Penglibatan Gerakan Persatuan Wanita Felda dalam kegiatan dakwah di Felda Jengka Pahang

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda merupakan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan wanita dan masyarakat Felda. Masih terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam masyarakat Felda kini terutama masalah pengetahuan agama yang lemah, kurang s...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurul Effa Atiekah Abdullah (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Subjects:
Online Access:https://online.fliphtml5.com/ghspi/dbld/

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099352
005 20230625150758.0
008 201001s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a BP173.4   |b .N87 2020 
090 0 0 |a BP173.4   |b .N87 2020 
100 0 |a Nurul Effa Atiekah Abdullah ,   |e author 
245 1 0 |a Penglibatan Gerakan Persatuan Wanita Felda dalam kegiatan dakwah di Felda Jengka Pahang   |c Nurul Effa Atiekah Abdullah 
264 0 |c 2020 
300 |a xv, 224 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Dakwah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 170-176) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Peranan wanita dalam dakwah -- 3. Gerakan Persatuan Wanita Felda Jengka Pahang -- 4. Analisis dapatan kajian penglibatan Gerakan Persatuan Wanita dalam dakwah di Felda Jengka Pahang -- 5. Cadangan dan kesimpulan 
520 |a Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda merupakan sebuah badan kebajikan yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan wanita dan masyarakat Felda. Masih terdapat pelbagai masalah yang timbul dalam masyarakat Felda kini terutama masalah pengetahuan agama yang lemah, kurang sokongan keluarga dalam penghayatan agama dan masalah sosial. Ini telah mendorong GPW untuk meningkatkan pelaksanaan program keagamaan kepada masyarakat Felda. Bagaimanapun, tiada rekod yang jelas tentang penglibatan GPW sendiri dalam kegiatan dakwah khususnya di Felda Jengka Pahang. Kajian ini bertujuan untuk meneliti peranan GPW Felda dalam pelaksanaan dakwah dalam masyarakat Felda, mengenal pasti faktor yang mendorong penglibatan ahli GPW dalam aktiviti dakwah dan mengkaji bentuk-bentuk aktiviti dakwah GPW kepada masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual berstruktur serta disokong oleh data soal selidik. Temu bual dianalisis dengan melibatkan seramai 12 orang Peserta Kajian yang terdiri daripada pengerusi-pengerusi GPW, manakala 240 orang responden bagi soal selidik pula terdiri daripada ahli biasa GPW. Dapatan kajian menunjukkan GPW Felda memainkan peranan penting dalam dakwah kepada masyarakat Felda Jengka Pahang dengan menyedari bahawa dakwah mampu membawa perubahan kepada keluarga dan masyarakat Felda. Antara faktor yang mendorong penglibatan GPW dalam dakwah masyarakat Felda Jengka Pahang adalah daripada kehendak diri mereka sendiri, dorongan keluarga dan masyarakat. Faktor usia, tiada bebanan kerja, tiada tanggungan anak serta masa lapang yang terluang menjadi elemen utama penglibatan GPW dalam aktiviti dakwah terhadap masyarakat. GPW terlibat sarna dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang tertumpu kepada aspek keagamaan seperti kelas agama, kuliah dan ceramah serta aktiviti kemasyarakatan. Kajian ini mendapati penglibatan GPW secara langsung dalam aktiviti dakwah melangkaui fungsi asal GPW yang secara tradisinya hanya melibatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Oleh itu, fungsi baharu GPW adalah melibatkan pertambahan aktiviti-aktiviti keagamaan dalam kalangan masyarakat Felda Jengka Pahang. Kajian juga mendapati aktiviti keagamaan yang dilaksanakan oleh GPW ini dapat mencapai misi ketiga Felda iaitu meningkatkan potensi dan kualiti modal insan. Kajian ini keseluruhannya mendapati peranan GPW dalam aktiviti dakwah terhadap masyarakat Felda memberi kesan kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera, sekaligus dapat melahirkan individu yang berkualiti serta cemerlang dalam aspek kehidupan beragama. Kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan bagi meningkatkan kualiti perancangan organisasi wanita dalam Felda serta menjadi dorongan kepada kajian yang berikutnya dalam aktiviti dakwah di masa akan datang. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Da'wah (Islam) 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Women in Islam   |z Malaysia 
650 0 |a Women   |x Religious aspects   |x Islam 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
856 3 0 |u https://online.fliphtml5.com/ghspi/dbld/ 
999 |a 1000180323   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus