Metode periwayatan Asbab al-Nuzul oleh al-Imam al-Suyuti dalam kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur

Al-Imam al-Suyuti adalah salah seorang tokoh ilmuwan Islam pada kurun ke sembilan yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Antara karya penting yang dihasilkan oleh beliau ialah kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur dalam bidang tafsir. Dalam kitab ini beliau dilihat membawakan riwaya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Abdul Rahman Omar (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099344
005 20240605162817.0
008 200929s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a BP80.M36   |b A23 2020 
090 0 0 |a BP80.M36   |b A23 2020 
100 0 |a Abdul Rahman Omar ,   |e author 
245 1 0 |a Metode periwayatan Asbab al-Nuzul oleh al-Imam al-Suyuti dalam kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur   |c Abdul Rahman bin Omar 
264 0 |c 2020 
300 |a xv, 252 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Sarjana Al-Quran dan Al-Sunnah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 237-250) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Biografi al-Imam al-Suyuti dan konsep Asbab al-Nuzul dalam pentafsiran al-Quran -- 3. Manhaj umum tafsir al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur -- 4. Analisis metode al-Imam al-Suyuti dalam periwayatan Asbab al-Nuzul -- 5. Rumusan dan penutup 
520 |a Al-Imam al-Suyuti adalah salah seorang tokoh ilmuwan Islam pada kurun ke sembilan yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Antara karya penting yang dihasilkan oleh beliau ialah kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur dalam bidang tafsir. Dalam kitab ini beliau dilihat membawakan riwayat-riwayat yang pelbagai tanpa menyebutkan sanad. Ketika membahaskan berkaitan aspek Asbab al-Nuzul dalam kitab ini, beliau juga tidak menjelaskan kedudukan riwayat hadis sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep Asbab al-Nuzul dalam pentafsiran al-Quran dan menganalisis manhaj umum kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur, seterusnya merumuskan metode yang digunakan oleh al-Imam al-Suyuti dalam periwayatan Asbab al-Nuzul dalam kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kajian analisis dokumen melibatkan rujukan-rujukan primer dan sekunder yang berkaitan bidang kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis mengikut pecahan dan pembahagian tema untuk menghasilkan kesimpulan dan dapatan kajian. Perbahasan tentang Asbab al-Nuzul penting dalam menjamin tafsiran yang dibuat tentang ayat-ayat yang diturunkan dengan bersebab bertepatan dengan kehendak ayat. Selain itu, perbahasan mengenai Asbab al-Nuzul mestilah berpandukan kepada riwayat yang sahih sama ada daripada para sahabat mahupun daripada tabiin. Dari sudut manhaj kitab al-Imam al-Suyuti, al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur pula, kajian mendapati terdapat nisbah yang agak besar bagi penggunaan riwayat yang tidak dinyatakan status hukum riwayatnya. Di samping itu, riwayat-riwayat yang dibawa didapati bercampur aduk antara riwayat yang sahih dan daif. Hal ini turut diakui oleh ramai ilmuwan selepas beliau seperti al­Surabaji dan al-Dhahabi. Kajian terhadap metode al-Imam al-Suyuti dalam periwayatan Asbab aI-Nuzul mendapati bahawa beliau tidak mempunyai kaedah khusus dalam memulakan penyebutan riwayat sama ada riwayat sahih dahulu atau sebaliknya. Mengenai sumber ambilan hadis pula, beliau didapati Iebih banyak mengambilnya daripada sumber selain Kutub Sittah. Dari sudut pernyataan takhrij, beliau akan mendahulukan kitab berdasarkan tarikh kewafatan pengarangnya. Narnun begitu, terdapat beberapa riwayat yang beliau abaikan susunan ini. berkaitan metode mengenai matan, beliau mengemukakan matan riwayat Asbab al-Nuzul dan menyandarkannya kepada pentakhrij. Selain itu, terdapat juga matan yang dinukilkan bertentangan dengan konteks ayat mahupun riwayat yang sahih. Kajian ini menyumbang dalam membantu memudahkan pembaca untuk membezakan antara riwayat yang sahih, daif, dan terlalu daif. Di samping itu kajian ini boleh dijadikan panduan untuk pengkaji yang ingin melakukan kajian lanjutan bagi menentukan status sanad riwayat Asbab al-Nuzul yang dibawa oleh al-Imam al-Suyuti dalam kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Islamic literature, Arabic 
650 0 |a Muslim scholars 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000180354   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus