| Summary: | Al-Imam al-Suyuti adalah salah seorang tokoh ilmuwan Islam pada kurun ke sembilan yang menguasai pelbagai bidang ilmu. Antara karya penting yang dihasilkan oleh beliau ialah kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur dalam bidang tafsir. Dalam kitab ini beliau dilihat membawakan riwayat-riwayat yang pelbagai tanpa menyebutkan sanad. Ketika membahaskan berkaitan aspek Asbab al-Nuzul dalam kitab ini, beliau juga tidak menjelaskan kedudukan riwayat hadis sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep Asbab al-Nuzul dalam pentafsiran al-Quran dan menganalisis manhaj umum kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur, seterusnya merumuskan metode yang digunakan oleh al-Imam al-Suyuti dalam periwayatan Asbab al-Nuzul dalam kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur. Kajian ini berbentuk kualitatif yang mengaplikasikan kajian analisis dokumen melibatkan rujukan-rujukan primer dan sekunder yang berkaitan bidang kajian. Data-data yang diperolehi dianalisis mengikut pecahan dan pembahagian tema untuk menghasilkan kesimpulan dan dapatan kajian. Perbahasan tentang Asbab al-Nuzul penting dalam
menjamin tafsiran yang dibuat tentang ayat-ayat yang diturunkan dengan bersebab bertepatan dengan kehendak ayat. Selain itu, perbahasan mengenai Asbab al-Nuzul mestilah berpandukan kepada riwayat yang sahih sama ada daripada para sahabat mahupun daripada tabiin. Dari sudut manhaj kitab al-Imam al-Suyuti, al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur pula, kajian mendapati terdapat nisbah yang agak besar bagi penggunaan riwayat yang tidak dinyatakan status hukum riwayatnya. Di samping itu, riwayat-riwayat yang dibawa didapati bercampur aduk antara riwayat yang sahih dan daif. Hal ini turut diakui oleh ramai ilmuwan selepas beliau seperti alĀSurabaji dan al-Dhahabi. Kajian terhadap metode al-Imam al-Suyuti dalam periwayatan Asbab aI-Nuzul mendapati bahawa beliau tidak mempunyai kaedah khusus dalam memulakan penyebutan riwayat sama ada riwayat sahih dahulu atau sebaliknya. Mengenai sumber ambilan hadis pula, beliau didapati Iebih banyak mengambilnya daripada sumber selain Kutub Sittah. Dari sudut pernyataan takhrij, beliau akan mendahulukan kitab berdasarkan tarikh kewafatan pengarangnya. Narnun begitu, terdapat beberapa riwayat yang beliau abaikan susunan ini. berkaitan metode
mengenai matan, beliau mengemukakan matan riwayat Asbab al-Nuzul dan menyandarkannya kepada pentakhrij. Selain itu, terdapat juga matan yang dinukilkan bertentangan dengan konteks ayat mahupun riwayat yang sahih. Kajian ini menyumbang dalam membantu memudahkan pembaca untuk membezakan antara riwayat yang sahih, daif, dan terlalu daif. Di samping itu kajian ini boleh dijadikan panduan untuk pengkaji yang ingin melakukan kajian lanjutan bagi menentukan status sanad riwayat Asbab al-Nuzul yang dibawa oleh al-Imam al-Suyuti dalam kitab al-Durr al-Manthur fi al-Tafsir bi al-Ma'thur.
|