| Summary: | Terdapat dalam kalangan umat Islam kini goiongan yang tidak memahami aplikasi pemikiran kritis dalam kehidupan mereka menyebabkan timbul kekeliruan dalam membezakan an tara kebenaran dan kebatilan atau kejahilan dan keilmuan. Kesannya, pemikiran yang bertentangan dengan ajaran wahyu semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Justeru, penyelidikan ini bertujuan menganalisis aspek-aspek pemikiran kritis Shah Wall Allah dalam kitab f:/ujjah Allah al-Balighah menerusi perbahasan alsa 'ddah bagi memupuk peluang, semangat, dorongan dan galakan berfikir yang elari dengan wahyu, Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah dokumentasi. Pengumpulan data dilakukan dengan menganalisis kitab Ijujjah Allah alBalighah berkaitan dengan perbahasan al-sa 'adan bagi melihat pemikiran kritis Shah Wall Allah. Selain itu, kajian iJmiah, buku ilmiah dan larnan sesawang berautoriti turut digunakan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan kajian ini. Data dianalisis melalui metode induktif, deduktif, hi toris dan komparatif selaras dengan objektif kajian. Ha il kajian mendapati konsep pemikiran kriti Shah Wall Allah selari dengan petunjuk al-Quran dengan memfokuskan dan menggabungkan dua dimensi utama manusia, iaitu intelek dan rohani. Pemikiran yang berasaskan rasional dan dipandu rohani menghasilkan pemikiran kriti yang dapat mencapai matlamat utama manusia, iaitu memperoleh keredaan Allah SWT sekaligus kebahagiaan hakiki (alsa 'ddah. al-!zaqzqiyyah). Kajian ini juga mendapati lima aspek umum dan sembilan aspek khusus pemikiran kritis Shah Wall Allah yang agak berlainan daripada tokohtokoh lain. Kalau adapun persamaan, pelbagai aspek ini diolah dengan gaya dan manhaj tersendiri. Lima aspek umum adalah pendekatan tauhid dan adab, pengkajian ilmiah berasaskan wahyu, pembinaan asas berfikir yang kukuh, hormat dan kritis dalam bidang keilmuan dan integrasi wahyu, rasional dan kerohanian. Manakala aspek khusus meliputi menjela kan rahsia-rahsia syariat tasrdr al-shar,'ah), memperkenal istilah tersendiri, memperkenal empat akhlak utama,membezakan jalan kewalian dan kenabian, menganalisis sejarah Islam, memurnikan akidah tauhid daripada penyelewengan, mengembalikan semangat ijtihad, mempertautkan pelbagai aliran dan mazhab dan memperbaharui pelbagai bidang ilmu. Aspek umum dan khusus mencerminkan sumbangan besar Shah Wall Allah dalam pemikiran kritis Islam. Justeru, Shah Wali Allah boleh dinobatkan sebagai pemikir kritis Muslim abad pertengahan yang menjadi jambatan penghubung antara pemikir kritis klasik dan kontemporari. Penemuan-penemuan ini bukan sekadar menyerlahkan ketokohan Shah Wali Allah dalam bidang pemikiran kritis , malah secara tidak langsung memberikan nilai tambah pada penghuraian dan perluasan makna pemikiran kritis Islam. Maka, kajian ini akan menyumbang kepada aspek pemikiran kritis yang selari dengan wahyu seterusnya menyuburkan pemikiran masyarakat dan negara ke arah pemikiran yang kritis, dinamik dan produktif.
|