| Summary: | Pencemaran sungai merupakan salah satu isu alam sekitar yang boleh memberi ancaman kepada manusia, haiv an dan tumbuh-tumbuhan. Sehubungan dengan itu, isu ini sentiasa meraih perhatian ang meluas dari pelbagai pihak. Isu utama kajian ini melibatkan sikap masyarakat ang kurang prihatin dan bertanggungjawab dalam memelihara sungai berpunca dari kurangn a pemahaman berkaitan isu pencemaran sungai. Oleh itu tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan model reruang tahap pengetahuan sikap, dan tingkah laku terhadap pencemaran Sungai Terengganu berdasarkan faktor jarak. Kajian ini melibatkan 22 buah kampung yang terletak di dalam Lembangan Sungai Terengganu. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada penduduk ang tinggal berhampiran dengan kawasan sungai dengan jarak kurang daripada 500 meter dari tebing sungai. Seramai 396 responden dipilih
secara teknik persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif. Data kajian dianalisis menggunakan perisian XLST AT menerusi analisis deskriptif bagi mengukur peratus dan frekuensi manakala penggunaan analisis inferensi melibatkan ujian-t, A OV A~ korelasi Pearson dan anal isis regresi pelbagai, serta penggunaan perisian GIS untuk membentuk model reruang pengetahuan sikap dan tingkah laku. Dapatan kajian bagi faktor demografi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan(F=4.658,Sig=O.00 1) dan sikap (F=3.997,sig=O.OO3) mengikut faktor umur. Seterusnya terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap pengetahuan (F=2.411 Sig=O.036) sikap (F=2.272 Sig=O.047) dan tingkah laku (F=3.298 Sig=O.006) pencemaran sungai mengikut faktor pendidikan. Wujud juga perbezaan yang signifikan bagi tingkah laku pencemaran sungai mengikut faktor status pekerjaan (F=2.881 Sig=O.036). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa wujud hubungan ang sederhana bagi pengetahuan (r=O.407 sig=< 0.0001), dan hubungan yang lemah bagi ikap (r=O.380 sig=< 0.0001) tetapi kedua-dua pemboleh ubah masih lagi signifikan terhadap tingkah laku pencemaran sungai. Kajian ini berja a mengenal pasti sikap penyumbang kepada pembentukan tingkah laku individu. Model reruang berjaya dibentuk berdasarkan hasil kajian bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan sikap dan tingkah laku penduduk terhadap isu pencemaran sungai. Kesimpulannya, pengetahuan dan sikap memainkan peranan yang penting kerana ia memberi kesan terhadap pembentukan tingkah laku individu. Kajian ini menyumbang kepada pembentukan kerangka teori tingkah laku terancang dan model kebertanggungjawab terhadap alam sekitar yang menggunakan tiga faktor iaitu pengetahuan sikap dan tingkah laku. Kajian ini turut memberi maklumat berguna terhadap pihak berkepentingan dalam penggubalan polisi dan dasar menerusi pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk mencapai kualiti alam sekitar dan mengelakkan berlakunya pencemaran sungai pada masa akan datang
|