Kesan efikasi kendiri terhadap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia

Keusahawanan merupakan aspek utama yang sentiasa diberi penekanan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan inklusif. Namun, usaha untuk melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Kajian lepas telah membuktikan pelbagai prog...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Nor Halimatul Syadiah Wan Yusof (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Business and Management
Format: Thesis Book
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099320
005 20230622145416.0
008 200929s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a HB615Ib.W36 2020 
090 0 0 |a HB615Ib.W36 2020 
100 0 |a Wan Nor Halimatul Syadiah Wan Yusof ,   |e author 
245 1 0 |a Kesan efikasi kendiri terhadap kecenderungan keusahawanan dalam kalangan pelajar universiti awam di Malaysia   |c Wan Nor Halimatul Syadiah bt Wan Yusof 
264 0 |c 2020 
300 |a xv, 203 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis(Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 177-194) 
505 0 |a 1. Pengenalan -- 2. Kajian literatur -- 3. Metodologi kajian -- 4. Dapatan kajian -- 5. Perbincangan dan rumusan 
520 |a Keusahawanan merupakan aspek utama yang sentiasa diberi penekanan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan inklusif. Namun, usaha untuk melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Kajian lepas telah membuktikan pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menarik minat siswazah menjadi usahawan masih gagal apabila bilangan siswazah menceburi bidang keusahawanan masih berada pada tahap yang rendah. Efikasi kendiri adalah salah satu pembentukan penting dalam psikologi penyelidikan keusahawanan. Generasi pelajar masa kini masih belum mempunyai tahap Efikasi Kendiri yang mantap. Mereka adakalanya mudah go yah apabila didepani dengan pelbagai bentuk arus cabaran dan gelombang modenisasi. Justeru, kajian ini akan mengenalpasti kesan Efikasi Kendiri terhadap Kecenderungan Keusahawanan. Seterusnya mengenalpasti kesan empat komponen Efikasi Kendiri iaitu Pencapaian Prestasi, Pengalaman Orang Lain, Keadaan Emosi dan Pujukan Lisan berasaskan Teori Efikasi Kendiri Albert Bandura terhadap Kecenderungan Keusahawanan dalam kalangan pelajar Universiti Awam (UA) di Malaysia. Kajian ini juga adalah untuk menentukan kesan penyederhana Pendidikan Keusahawanan ke atas hubungan di antara Efikasi Kendiri dengan Kecenderungan Keusahawanan. Kaedah kuantitatif dan tinjauan soal selidik telah digunakan dalam kajian ini. Dengan menggunakan persampelan rawak berstrata, sebanyak 500 soal selidik telah diedarkan kepada empat Universiti iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Sebanyak 352 maklumbalas dikembalikan dan boleh digunakan untuk analisis terakhir menggunakan Pennodelan Persamaan Berstruktur (SEM), menggunakan perisian IBM-SPSS-AMOS versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kesan yang signifikan antara Efikasi Kendiri dengan Kecenderungan Keusahawanan. Komponen Pengalaman Orang Lain dan Keadaan Emosi memberi kesan yang signifikan terhadap Kecenderungan Keusahawanan, tetapi Pencapaian Prestasi dan Pujukan Lisan tidak memberi kesan yang signifikan terhadap Kecenderungan Keusahawanan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa peranan Pendidikan Keusahawanan memberikan kesan penyederhanaan terhadap hubungan di antara Efikasi Kendiri dengan Kecenderungan Keusahawanan. Hasil kajian ini dapat digunakan oleh KPM sebagai panduan dalam merangka dan melaksanakan program keusahawanan yang bersesuaian untuk kepentingan pelajar UA di Malaysia. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Business and Management   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Entrepreneurship 
650 0 |a Entrepreneurship   |z Malaysia 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Business and Management 
999 |a 1000180301   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus