| Summary: | Amalan kerohanian dalam kalangan pelajar memperlihatkan kelemahan penghayatan yang agak ketara. Sebahagian besar mengambil mudah terhadap pelaksanaan dalam kehidupan seharian menyebabkan jati diri sebagai peribadi muslim semakin luntur. Fenomena ini menyebabkan mereka mudah terjebak kepada anasir yang tidak sihat sehingga melanggar batasan agama. Kajian ini bertujuan melihat tahap penghayatan amalan kerohanian pelajar muslim Politeknik Malaysia. Selain itu kajian juga ingin menentukan pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, institusi dan media massa serta perbezaannya berdasarkanfaktor demografi, hubungan dan sumbangannya terhadap penghayatan amalan kerohanian. Kajian kuantitatif deskriptif dan inferensi ini menggunakan rekabentuk tinjauan melalui soal selidik yang dibangunkan sendiri dan mendapat pengesahan sekumpulan pakar dengan kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai cronbach alpha 0.940 dalam kajian rintis. Data dikumpul dari sekumpulan subjek kajian menggunakan set borang kajiselidik. Seramai 716 orang telah terpilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah rawak berstrata. Data telah dianalisis dengan mengunakan perisian SPSS 20 dan AMOS 20. Kesahan soal selidik diperolehi melalui ujian penerokaan faktor analisis (EF A) dan pengesahan faktor analisis (CF A). Ujian Perbandingan Min, Analisis Korelasi, Regresi Pelbagai dan Model Persamaan Berstruktur (SEM) telah digunakan untuk menguji persoalan kajian. Untuk itu satu
model hubungan antara pembolehubah kajian telah dibina. Dapatan menunjukkan tahap penghayatan amalan kerohanian pelajar Politeknik Malaysia adalah sederhana tinggi. Tahap pengaruh ibu bapa adalah tinggi. P ngaruh rakan sebaya, institusi dan media massa masing-rnasing mencatatkan keputusan sederhana tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penghayatan amalan kerohanian berdasarkan jantina dan zon pengajian sementara itu tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan faktor tahun pengajian, latar belakang ketika SPM dan penginapan semasa pengajian. Dapatan kajian juga menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan antara pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, institusi, media massa dengan penghayatan amalan kerohanian pelajar. Secara keseluruhannya dapatan ini menunjukkan bahawa pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, institusi dan media massa banyak menyumbang dan memberi kesan yang besar kepada penghayatan amalan kerohanian pelajar muslim Politeknik Malaysia. Dapatan dalam kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan dalam meningkatkan tahap penghayatan amalan kerohanian sekaligus membendung perlakuan negatif dalam kalangan pelajar. Kualiti institusi kekeluargaan, hubungan persahabatan, pemerkasaan institusi pendidikan dan kelestarian media massa perlu diperkasakan bagi menjamin kelestarian pembangunan ummah dan negara.
|