| Summary: | Madrasah atau pengajian agama tradisional di Kelantan, Malaysia dan Souss, Maghribi merupakan simbol warisan dan agama bagi kedua-dua tempat tersebut yang memberi khidmat besar kepada masyarakat. Namun begitu, sistem pengajian ini berhadapan dengan kemunduran dan tidak dinamik sejak zaman penjajahan sehingga hari ini lalu yang menyebabkan madrasah tersebut tidak mampu bersaing dengan pusat pengajian lain yang mengikuti perkembangan semasa dalam pelbagai aspek. Kajian ini bertuiuan mengenal pasti realiti sistem pengajian di al-Madrasah al-Bakariyyah di Kelantan dan al-Madrasah al-Igdi'iyyah di Souss. Selain itu, objektif kajian juga untuk membuat perbandingan antara kedua-dua madrasah dari sudut sistem pengajian dan pentadbiran. Kajian ini turut mengkaji masalah yang dihadapi dalam sistem pengajian selain memperkenalkan model pengajian tradisional yang dibangunkan agar mampu dikembangkan dalam sistem pengajian ini. Kajian ini menggunakan metode induktif bagi mengumpulkan data mengikut topik yang berkaitan daripada sumber rujukan lama dan moden, hasil penulisan lain yang mempunyai hubung kait dengan topik. Data diperoleh hasil temu bual daripada pibak yang bertanggung jawab dan berkaitan dengan bidang ini. Pihak tersebut adalah seramai 10 orang iaitu Pengetua Madrasah Igdi'iyyah, Pengetua Madrasah Rasmukah dan dua orang guru lelaki. Mereka semua adalah bekas pelajar di al-Madrasah al-Igdi'iyyah. Kemudian setiausaha dan bendahari di alMadrasah al-Bakariyyah, pakar pengajian tradisional di Malaysia, Pengetua Madrasah Falahiah Besut yang juga keluaran pelajar al-Madrasah al-Bakariyyah, seorang pelajar yang sedang menuntut di al-Madrasah al-Bakariyyah serta seorang pelajar wanita berusia yang tinggal di al-Madrasah al-Bakariyyah lebih daripada empat tahun. Kajian ini turut menggunakan metode perbandingan bagi kedua-dua madrasah dari sudut objektif temp at pengajian, sistem pentadbiran, kaedah pengajaran dan kurikulum pengajian. Kajian ini menggunakan metode deskriptif dan ana1itik bagi menganalisis data yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa al-Madrasah al-Bakariyyah dan al-Madrasah a1-Igdi'iyyah menggunakan sistem pengajian tradisional terdahulu yang memerlukan penambahbaikan. Kedua-duanya mempunyai persamaan pada peranan kemasyarakatan, sistem pendidikan dan beberapa sudut pengajian iaitu objektif
pengajian dan jenis pengajian. Namun demikian, terdapat perbezaan pada beberapa sudut pengajian yang lain iaitu faktor sosia1 dan cara budaya di kedua-dua madrasah. Kajian juga mendapati kelemahan pengajian tradisonal adalah pada politik Barat yang digunakan dalam sistem pengajian, ketidakcaknaan kerajaan pada pengajian tradisional selepas kemerdekaan, serta ketidaksediaan pihak yang bertanggung jawab untuk memajukan dan melakukan penambahbaikan terhadap madrasah tersebut. Kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan pada sistem pengajian tradisional di sekolah pondok. Kajian ini memberi galakan agar ia dilakukan selaras dengan pengajian moden. Penambahbaikan ini dapat dilakukan melalui sokongan pihak kerajaan dengan cara memperbaik sistem pengurusan pengajian dan memperbaharu aspek kurikulum pengajian. Seterusnya, pengurusan madrasah perlu membentuk tenaga pengajar yang menggunakan alat bantu mengajar terkini di samping menekankan kepentingan penguasaan bahasa asing. Bahkan, pengurusan pondok perlu menekankan pada penulisan kajian ilmiah dan menghidupkan program diskusi tentang isu-isu semasa. Akhirsekali, kajian ini mencadangkan pihak kerajaan atau pengurusan madrasah mengambil model pengajian al-Azhar al-Sharif dan al-Qarawiyyin dalam usaha menambah baik dan memperbaik sistem pengajian tradisional yang sedia ada.
|