| Summary: | Pelajar sekolah menengah mengalami pelbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga, keganasan, kestabilan sosial dan masalah kewangan keluarga. Hak ini menyebabkan kegagalan dan ketegangan, sekaligus memberi kesan terhadap kemampuan pelajar untuk meneruskan proses pembelajaran serta memberi kesan negatif terhadap motivasi pelajar di sekolah. Pemanfaatan aspek kecerdasan pelbagai (multiple intelligence) dalam kalangan pelajar adalah faktor utama yang boleh meningkatkan keupayaan mereka menyelesaikan masalah sosial yang dihadapi. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan pelbagai pelajar, kaedah penyelesaian masalah sosial serta sifat hubungan antara kedua-duanya dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Irbid. Kajian ini turut melihat perbezaan tahap kecerdasan pelbagai dan kaedah penyelesaian masalah sosial berdasarkan pemboleh ubah jantina. Metodologi: Kajian ini menggunakan pendekatan deskriptif korelatif untuk menganalisis kajian terdahulu yang berkaitan dengan masalah kajian. Untuk mencapai objektif kajian, skala kecerdasan pelbagai dan skala kaedah penyelesaian masalah digunakan. Skala kecerdasan pelbagai yang terdiri daripada 30 item dikategorikan kepada tiga bahagian, manakala skala penyelesaian masalah sosial yang terdiri daripada 40 item dikategorikan kepada lima bahagian. Sampel kajian yang terdiri daripada 196 pelajar sekolah menengah di Irbid dipilih menggunakan kaedah rawak berstrata. Pengukuran skala dijalankan ke atas semua sampel. Data dianalisis menggunakan ujian statistik yang bersesuaian seperti kiraan min, ujian T dan ujian Pearson. Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kecerdasan pelbagai adalah seperti berikut: kecerdasan sosial berada pada tahap yang tinggi, manakala kecerdasan logik dan kecerdasan linguistik masing-masing berada pada tahap sederhana. Manakala tahap kaedah penyelesaian masalah sosial pula adalah seperti berikut: orientasi positif terhadap masalah berada pada tahap yang tinggi, manakala orientasi penyelesaian masalah secara impulsif, negatif dan pengelakan masalah berada pada tahap sederhana. Dapatan turut menyaranl lift bahawa tidak terdapat perbezaan dalam kaedah menyelesaikan masal osial dad segi jantina. Selain itu, terdapat korelasi positif antara setiap tahap kecerdasan linguistik, tahap kecerdasan logik dan tahap kecerdasan sosial dengan kaedah penyelesaian masalah sosial. Kesimpulan: Kajian ini menyarankan pengaturan persekitaran pembelajaran yang membolehkan pelajar mengamalkan aktiviti yang mempunyai kaitan dengan kecerdasan pelbagai dan penyelesaian masalah sosial, selain membantu pelaksanaan kajian yang hampir serupa terhadap kumpulan pelajar usia awal, iaitu pelajar tiga gred pertama. Kajian ini turut menekankan kepentingan menyediakan rancangan dan aktiviti yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar, selain menekankan kepada pihak yang bertanggungjawab di Kementerian Pendidikan tentang kepentingan memberi perhatian terhadap pelajar dan melatih mereka, serta meraikan aspek kecerdasan pelbagai ini. Seterusnya, mengembangkannya bagi membantu pelajar menyelesaikan masalah sosial yang mereka hadapi.
|