فاعلية برنامج تدريبي قائم على منهاج "لوفاس" في تنمية المهارات الاجتماعية والاستقلالية لدى الاطفال ذوي اضطراب طيف التوحد

Gangguan Spektrum Autisrna (ASD) dalam kalangan kanak-kanak merupakan gangguan yang banyak di semua negara di dunia secara umumnya dan secara khususnya di Jordan. Kanak-kanak yang mengalami Gangguan Spektrum Autisma di Jordan mengalami pelbagai masalah, termasuk masalah berkaitan kemahiran sosial da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: عبيدات، خالد احمد (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:
Description
Summary:Gangguan Spektrum Autisrna (ASD) dalam kalangan kanak-kanak merupakan gangguan yang banyak di semua negara di dunia secara umumnya dan secara khususnya di Jordan. Kanak-kanak yang mengalami Gangguan Spektrum Autisma di Jordan mengalami pelbagai masalah, termasuk masalah berkaitan kemahiran sosial dan kemahiran berdikari. Masalah dalam kemahiran sosial terserlah dalam ketidakupayaan mereka untuk mengembangkan hubungan sosial dengan orang lain. Selain itu, kanak­kanak autistik juga mengalami masalah kemahiran berdikari, iaitu ketidakupayaan kanak-kanak untuk menjaga atau melindungi dirinya di samping masalah dalam kemahiran asas lain. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk satu program latihan berdasarkan pendekatan Lovaas bagi meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran berdikari kanak-kanak dengan Gangguan pektrum Autisma dan mengukur keberkesanannya. Bagi mencapai matlamat kajian ini reka bentuk deskriptif dan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan, di samping pembinaan instrumen kajian, iaitu instrumen bagi mengukur skala kemahiran sosial dan skala kemahiran berdikari, serta pembinaan program yang dicadangkan. Populasi kajian ini terdiri daripada kanak-kanak dengan Gangguan Spektrum Autisma ringan berusia empat hingga lapan tahun dari pusat pendidikan khas di kawasan Irbid, Jordan bagi sesi 2018/2019. Sampel kajian yang telah dipilih terdiri daripada 30 kanak-kanak dengan Gangguan Spektrurn Autisma dan telah dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan eksperimen, seramai 15 orang kanak-kanak dan kumpulan kawalan, seramai 15 orang kanak-kanak. Data telah U untuk menganggarkan tahap signifikan bagi perbezaan untuk dua sampel bebas, dan ujian Wilcoxon untuk menganggarkan tahap signifikan bagi perbezaan untuk setiap sampel. Hasil kajian menunjukkan keberkesanan program latihan yang dicadangkan berdasarkan pendekatan Lovaas dalam meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran berdikari kanak-kanak dengan Gangguan Spektrum Autisma. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan pada tahap p = 0.05 antara gred purata dua kumpulan dalam kemahiran sosial dan kemahiran berdikari untuk kumpulan eksperimen, di samping ketiadaan perbezaan yang signifikan pada tahap p = 0.05 dalam ujian selepas dan ujian tertunda kumpulan eksperimen dalam kemahiran sosial dan kemahiran berdikari. Kajian ini mengesyorkan penggunaan pendekatan Lovaas yang digunakan dalam melaksanakan program latihan dalam kajian ini dan kaedah latihan yang digunakannya serta program latihan yang disediakan oleh kajian ini bagi meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran berdikari kanak-kanak dengan Gangguan Spektrum Autisma di Jordan. Kajian ini juga mencadangkan penggunaan pendekatan Lovaas sebagai platform bagi penyelidikan yang serupa tetapi dengan kumpulan usia yang berbeza dan kemahiran yang berlainan di Jordan.
Physical Description:314 leaves ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 266-279)