اساليب الخصوم ومواجهة المصلحين لها في القصص القرآني لغير الأنبياء عليهم السلام وأثرها في المجتمع الاسلامي (دراسة موضوعية)

Konfrantasi musuh-musuh pengikut para nabi dan pendekatan para muslih dalam berhadapan dengan mereka banyak sekali dikisahkan oleh al-Quran al-Karim tetapi malangnya ia kurang dibahaskan dalam lapangan kajian . Kisah-kisah ini sewajarnya dikompilasikan dalam suatu kajian khas untuk: dijadikan manual...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: بن زياد، وليد احمد عبد الحبيب (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Published: ©2020
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099300
005 20250804.0
008 200928s2020 my ara
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a BP130.58   |b .B26 2020 
090 0 0 |a BP130.58   |b .B26 2020 
100 1 |a بن زياد، وليد احمد عبد الحبيب ,   |e author 
241 1 0 |a Asalib al-khusum wa-mujahah al-muslihin laha fi al-qisas al-Qurani li-ghayr al-anbiya' 'alayhim al-salam wa-atharuha fi al-mujtama' al-Islami (Dirasah maudu'iyah) 
245 1 0 |a اساليب الخصوم ومواجهة المصلحين لها في القصص القرآني لغير الأنبياء عليهم السلام وأثرها في المجتمع الاسلامي (دراسة موضوعية)   |c وليد احمد عبد الحبيب بن زياد 
264 4 |c ©2020 
300 |a 334 leaves ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Degree of Doctor of Philosophy) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 319-332) 
520 |a Konfrantasi musuh-musuh pengikut para nabi dan pendekatan para muslih dalam berhadapan dengan mereka banyak sekali dikisahkan oleh al-Quran al-Karim tetapi malangnya ia kurang dibahaskan dalam lapangan kajian . Kisah-kisah ini sewajarnya dikompilasikan dalam suatu kajian khas untuk: dijadikan manual kepada para muslih dan pendakwah kontemporari. Hal ini diyakini mampu menangani fenomena rendahnya motivasi para muslih dalam berhadapan dengan konspirasi musuh. Mereka sering menyangka konfrantasi dan penentangan yang mereka hadapi kini adalah berbeza sama sekali dengan apa yang dihadapi oleh para muslih terdahulu. Hakikatnya konfrantasi dulu dan kini adalah sama walaupun perincian bentuk dan caranya mungkin sedikit berbeza. Kajian ini juga bertujuan untuk menzahirkan peranan, pendekatan dan strategi para muslih yang merupakan pengikut nabi-nabi a.s yang menghadapi konfrantasi musuh dalam pelbagai peristiwa sebagaimana yang dirakamkan oleh al-Quran al-Karim. Hal ini penting memandangkan walaupun meneladani para Nabi a.s itu adalah lebih ideal dan sempurna tetapi meneladani pengikut mereka adalah lebih mudah dan realistik jika dinisbah kepada manusia biasa. Kajian menggunakan metode analisis induktif dengan mengumpulkan kisah-kisah umat terdahulu selain para nabi a.s, meneliti kaedah penentang mereka serta cara muslih menanganinya serta melakuk:an kajian menyeluruh terhadapnya, menganalisis dan menghubungkan istinbatnya dengan situasi hari ini bagi mengetahui sejauh mana kesannya ke atas masyarakat Islam dan wasilah bagi menanganinya, Kajian merumuskan beberapa dapatan penting, antaranya adalah: kitab-kitab tafsir moden memberi perhatian kepada isu berkaitan kaedah dan cabaran pengikut para nabi a.s. seperti kitab at-Tahrir wa at-Tanwir, Fi Zilal al-Quran dan Tafsir al-Manar. Kajian juga mendapati bahawa al-Quran al-Karim telah menceritakan tentang proses dan pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua kelompok ini sama ada para penentang mahupun para muslih secara lengkap. Bahkan kisah-kisah ini memperkatakan aspek-aspek psikologi dan dialog yang berlaku di kalangan mereka secara lebih terperinci dari apa yang dikisahkan dalam kisah nabi-nabi. Al-Quran juga tidak menyebut nama dan perincian tokoh-tokoh ini atas hikmah yang jelas namun memaparkan tanggungjawab kemasyarakatan para muslih terhadap kaum mereka. Al-Quran telah memaparkan pelbagai gambaran berkaitan tokoh-tokoh dalam kisah tersebut antaranya gambaran kekeluargaan memandangkan pendidikan keluarga berperanan penting dalam membentuk peribadi seorang pemimpin dan muslih. Ini kerana tindak-tanduk golongan perosak ini mampu merosakkan akidah, politik, ekonomi dan media, sekaligus mendatangkan musibah terhadap alam dan manusia. Kepentingan kajian ini terletak pada usaha menyingkapi tatacara berhadapan dengan pelbagai bentuk penentangan agen perosak yang menggangu usaha pembinaan akhlak dan kemajuan masyarakat. Ia juga membuktikan bahawa objektif di sebalik penceritaan al-Quran terhadap kisah-kisah ini, adalah supaya akhlak dan usaha-usaha pengislahan mereka perlu dicontohi dan dijadikan inpirasi dalam kerja-kerja dakwah sepanjang zaman. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Islamic religious education 
650 0 |a Qur'an stories 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000180288   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus