Keprihatinan masyarakat terhadap pencemaran sungai di Negeri Terengganu

Masalah alam sekitar seperti pencemaran sungai semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing. Tingkah laku serta sikap yang kurang prihatin generasi sekarang terhadap kesejahter...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Wan Nor Azilawanie Tun Ismail (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000099295
005 20241105.0
008 200927s2020 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a TD170   |b .W36 2020 
090 0 0 |a TD170   |b .W36 2020 
100 0 |a Wan Nor Azilawanie Tun Ismail ,   |e author 
245 1 0 |a Keprihatinan masyarakat terhadap pencemaran sungai di Negeri Terengganu   |c Wan Nor Azilawanie Tun Ismail 
264 0 |c 2020 
300 |a xv, 277 leaves ;   |c 31 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis(Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2020 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 239-262) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Sorotan literatur -- 3. Metodologi -- 4. Dapatan kajian dan perbincangan -- 5. Rumusan, implikasi dan cadangan 
520 |a Masalah alam sekitar seperti pencemaran sungai semakin mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia. Kesedaran alam sekitar bermula dengan keprihatinan masyarakat terhadap masalah alam sekitar yang kian meruncing. Tingkah laku serta sikap yang kurang prihatin generasi sekarang terhadap kesejahteraan alam sekitar menyebabkan sungai semakin teruk mengalami masalah pencemaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan dan penentu bagi tingkah laku dalam kalangan masyarakat terhadap pencemaran sungai di negeri Terengganu. Reka bentuk penyelidikan yang dipilih dalam kajian ini adalah penyelidikan kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 373 responden dipilih secara pensampelan berkelompok. Lokasi kajian dijalankan di 10 buah sungai yang dikategorikan tercemar di negeri Terengganu. Data dikumpulkan menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan perisian IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) dan Analysis of Moment Structure (AMOS). Dapatan kajian menunjukkan tahap tingkah laku responden terhadap pemuliharaan sungai adalah rendah. Didapati wujud perbezaan tahap pengetahuan, pendedahan maklumat melalui media dan kemudahan kitar semula berdasarkan pendidikan. Seterusnya, terdapat perbezaan bagi pemboleh ubah nilai berdasarkan kategori pekerjaan dan juga perbezaan bagi pemboleh ubah nilai dan tingkah laku berdasarkan kategori pendapatan isi rumah. Di dapati, hasrat tidak berperanan sebagai mediator bagi hubungan antara pengetahuan, nilai, sikap, kawalan persepsi tingkah laku, efikasi kendiri, norma subjektif, pendedahan maklumat melalui media dan kemudahan kitar semula dengan tingkah laku. Pengetahuan dan pendedahan maklumat melalui media merupakan faktor dominan yang mempengaruhi tingkah laku responden ke atas pemuliharaan sungai. Kajian ini sangat penting dan signifikan dalam memastikan kelestarian sungai terpelihara. Kajian ini turut memberi implikasi terhadap pihak berkepentingan dalam penggubalan polisi dan dasar bagi menangani isu pencemaran sungai. Kesejahteraan alam sekitar dapat dicapai melalui penglibatan segenap lapisan masyarakat dalam usaha untuk menerapkan nilai sayangkan alam sekitar khususnya sungai demi generasi akan datang. 
610 0 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Applied Social Sciences   |v Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
650 0 |a Dissertations, Academic 
650 0 |a Environmental protection   |z Terengganu 
650 0 |a Water quality management 
650 0 |a Water   |x Pollution   |z Terengganu 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Applied Social Sciences 
999 |a 1000180340   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus