| Summary: | Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinan Tuan Haji Haris yang bertapak di Kampung Naqshabandiyyah, Kajang, Selangor adalah satu daripada kumpulan tarekat yang aktif di Malaysia dan mempunyai ramai pengikut. Namun ia dikaitkan dengan pelbagai tanggapan seperti menyeleweng dari ajaran Islam, pengikutnya bersikap fanatik, mengancam penduduk dan lain-lain. Ia juga disenaraikan dalam kumpulan ajaran sesat di Selangor dan pernah di erbu 01 h Jabatan gama Islam Selangor dan dilarang daripada melakukan sebarang aktiviti keagamaan. Oleh itu, kajian dilakukan untuk menilai tarekat ini dari aspek kelayakan pemimpin, ajaran, amalan, pengaruh penyebaran dan juga krisis. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kualitatif yang menggabungkan antara kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Data dikumpulkan menggunakan empat kaedah iaitu kaedah persejarahan, temu bual, pemerhatian dan
penglibatan. Respondan kajian ini terdiri daripada 21 orang respondan yang melibatkan 4 orang awam, 4 penentang, 5 pengikut dan 8 agensi pihak berkuasa. Kemudian, data yang terkumpul dianalisis menggunakan kaedah, persejarahan, induktif, deduktif dan perbandingan. Kajian mendapati Tuan Haji Haris bin Haji Yahya Laksamana adalah seorang yang layak menjadi pemimpin kepada kumpulan pengamal Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah ini mengikut kelayakan yang telah digariskan dalam ilmu tarekat, ajaran beliau selari dengan petunjuk al-Quran, al-Hadith, ijmak dan kias dan amalannya masih kekal dalam acuan asal Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah. Tarekat ini juga didapati tersebar pengaruhnya ke seluruh pelusuk Malaysia, bahkan di beberapa tempat di luar negara seperti Brunei, Singapura dan Arab Saudi. Manakala krisis yang berlaku melibatkan kumpulan ini adalah disebabkan kekeliruan, salah
faham, tuduhan dan fitnah yang tidak berasas. Kajian ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan tarekat dalam Islam dan kebenarannya berdalilkan nas syarak yang jelas, diamalkan oleh para ulama yang muktabar dan masyarakat Islam sehingga kini. Iajuga boleh dijadikan sebagai khazanah ilmiah tambahan kepada Universiti dan bahan kajian kepada para peminat dan pengkaji. Di samping itu, membantu pihak berkuasa agama, terutama Jabatan Agama Islam Selangor untuk mendapat maklumat yang jelas dan tepat tentang Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyyah pimpinan Tuan Haji Haris serta dapat melakukan penilaian dan tindakan yang wajar terhadap kumpulan pengamal tarekat ini.
|