Persepsi masyarakat terhadap kesalahan lalu lintas oleh penunggang motosikal

Sehingga kini, belum ada kajian trafik secara terperinci mengenai tingkah laku penunggang motosikal di persimpangan tiga Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Oleh itu, kajian ini telah mengkaji tentang tingkah laku kesalahan penunggang motorsikal di persimpangan tiga lampu isyarat (KPMDPTLI) secara ter...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ahmad Zubair Mohamad Zahid (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Applied Social Sciences
Format: Thesis Book
Subjects:
Description
Summary:Sehingga kini, belum ada kajian trafik secara terperinci mengenai tingkah laku penunggang motosikal di persimpangan tiga Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Oleh itu, kajian ini telah mengkaji tentang tingkah laku kesalahan penunggang motorsikal di persimpangan tiga lampu isyarat (KPMDPTLI) secara terperinci di kawasan pinggir bandar, kawasan antara bandar dan kawasan bandar Terengganu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti KPMDPTLI secara terperinci dan motivasi ke atas pelaku KPMDPTLI. Tesis ini mengguna pendekatan kualitatif, iaitu teknik pemetaan tingkah laku dan teknik temubual mendalam. Teknik pemetaan tingkah diaplikasikan dengan memerhati KPMDPTLI yang berlaku antara 8.00 pagi hingga 7.00 malam pada hari cuti dan hari bekerja dalam bulan Mei 2017. Manakala, temubual mendalam telah dibuat ke atas 21 rseponden daripada lapan jenis kelompok masyarakat. Kesan perbezaan jenis tempat, jenis demografi sosial dan jarak masa telah dinilai dengan menggunakan Microsoft Excel beserta ujian Khi Kuasa Dua, dan hasil temubual mendalam telah di analisis dengan menggunakan Atlas.ti 8.0. Terdapat tujuh jenis KPMDPTLI yang meliputi: (a) Ketidakpatuhan kepada isyarat lampu merah; (b) Pemanduan di arah arah yang salah; (c) Ketidakpatuhan kepada isyarat lampu merah dan pemanduan di arah yang salah; (d) Tidak memakai topi keledar; (e) Tidak memakai topi keledar dan ketidakpatuhan kepada isyarat lampu merah; (f) Tidak memakai topi keledar dan pemanduan di arah yang salah; (g) Tidak memakai topi keledar, ketidakpatuhan kepada isyarat lampu merah dan pemanduan diarah yang salah. KPMDPTLI lelaki (90.56%) adalah lebih banyak daripada KPMDPTLI wanita (9.44%).90% responden menyokong bahawa KPMDPTLI di kalangan lelaki adalah paling banyak. KPMDPTLI di pinggir bandar (52.52%) adalah lebih banyak daripada KPMDPTLI di bandar (29.07%) dan kawasan antara bandar 18.42%). KPMDPTLI terbanyak berlaku pada pukul 2.00 petang sehingga 2.15 petang iaitu sebanyak 296 kes. Walaubagaimanapun, hasil penemuan melalui temubual mendalam, menunjukkan bahawa pagi (waktu bekerja) dan masa kembali daripada kerja adalah masa, paling banyak berlaku KPMDPTLI. Secara amnya, 36% responden menyebut bahawa norma adalah sebab utama KPMDPTLI berlaku. Dalam perspektif masa dan jantina, kira-kira 76.2% informan menyatakan bahawa penyebab utama dalam KPMDPTLI adalah tergesa-gesa. Faktor jantina, waktu, jenis kawasan dan hari mempunyai hubungan yang signifikan dengan jumlah KPMDPTLI. Oleh itu, program kesedaran trafik perlu diberikan kepada semua orang dan anggota polis trafik haruslah terlibat sarna dalam pendidkan masyarakat seawal usia muda.
Physical Description:xvii, 220 leaves ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 151-168)