| Summary: | Kajian mendapati proses pengujian dan pentaksiran Balaghah peringkat pengajian tinggi tidak mengukur a pek pengukuran pendidikan ecara komprehensif. Ujian yang dibangunkan tidak mengikut spesifikasi pakar dan mengabaikan aspek aplikasi pelajar, selainkesukaran mengukur tahap tazawwuq balaghi pelajar. Justeru, kajian ini dijalankan untuk membangunkan instrumen Ujian Penguasaan Balaghah (UPBal). Objektif kajian ini adalah bertujuan menghurai proses pembinaan instrumen Ujian Penguasaan Balaghah (UPSal) dan menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen menggunakan analisis model pengukuran Rasch. Kajian ini menggabungkan metode kualitatif dan kuantitatif. Rekabentuk kajian berorientasikan model kajian pembangunan dan pengesahan instrumen, melibatkan 3 fa sa kajian iaitu fasa rekabentuk dan pembangunan konstruk UPBal, fa a pembinaan in trumen UPBal, dan fasa pengesahan instrumen UPSal. Sampel melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi yang mengickuti ijazah sarjana muda baha a Arab di Malaysia dan telah mengambil kursus Balaghah yang meliputi 3 sub bidang al-Maani, al-Bayan dan al Badi". Kajian rintis ditadbir kepada 30 orang pelajar, manakala kajian sebenar pula
melibatkan 170 orang pelajar yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan secara atas talian mengikut sesi yang ditetapkan. Data dianalisis menggunakan model pengukuran Rasch bagi data dikotomi melalui perisian winstep versi 5.0.1. Dapatan kajian pembinaan instrumen menunjukkan bahawa instrumen UPBal dibina mengikut usunan dimen i dan atttribut berdasarkan model kajian pembinaan instrumen. Dimensi dipilih berdasarkan sub-bidang iaitu al-Ma'iini, al-Bayan dan al-Badi". Manakala attribut dipilih berdasarkan domain kognitif Taksonomi Bloom (ver i revisited Krathwohl 200 I). Dapatan anal isis model pengukuran Ra ch rnenunjukkan bahawa kesemua 65 item UPSal mencapai kesemua aspek andaian Rasch. Kebolehpercayaan item adalah tinggi iaitu 0.97, tahap kesepadanan item juga mencapai nilai MNSQ 0.5 - 1.5. Indeks pengasingan item juga mencapai nilai cemerlang iaitu 6.14 dan menunjukkan bahawa tebaran item adalah mencukupi. Instrumen ini menyumbang sebagai alat ukur pengujian Balaghah, menepati ciri psikometriks dan kriteria pengukuran Balaghah serta disaran untuk digunakan sebagai alat ukur penguasaan Balaghah peringkat pengajian tinggi.
|