| Summary: | Sebelum kedatangan lslam, masyarakat Melayu mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu mereka mempunyai kewujudan makhluk ghaib serta kuasa luar biasa yang dapat mengawal dan menguasai alam ini. Kepercayaan animisme ini sebahagiannya terpancar melalui persembahan kebudayaan rakyat yang diamalkan. Menurut Muhammad Jailani Abu Talib (2010), terdapat lima bentuk kepercayaan warisan masyarakat Melayu dan salah satu daripadanya ialah magis. Pandangan tentang kewujudan makhluk halus ini menjadi sebahagian daripada kepercayaan tllll§Y!!fflkat Melayu dan mempengaruhi serta memberi kesan dalam konteks kehidupan seharian mereka. Kepercayaan ini telah dijelmakan dengan jelas dalam seni persembahan kebudayaan rakyat iaitu persembahan Main Puteri. Dalam situasi masyarakat Melayu di Kampung Padang Luas, Besut, penduduknya masih mengamalkan persembahan Main Puteri yang tersendiri mengikut aras kepercayaan mereka. Persembahan oleh Kumpulan Seni Warisan Melayu menonjolkan beberapa unsur magis dalam setiap persembahan yang diadakan khususnya dalam proses pengubatan pesakit. Berikutan perkara tersebut, kajian ini meneliti dan membincangkan permasalahan berhubung kepercayaan masyarakat tempatan mengenai elemen magis berasaskan kepada persembahan Main Puteri yang diadakan. Fokus kajian tertumpu kepada persoalan kepentingan persembahan Main Puteri dalam konteks masyarakat tempatan, struktur persembahan Main Puteri yang diadakan, mengenal pasti setiap unsur magis yang terdapat dalam persembahan Main Puteri dan meneliti setiap peranan unsur magis dalam persembahan berkenaan. Dalam mengumpul data bagi kajian ini, pengkaji telah ~unaL-an tiga teknik pengumpulan data, iaitu teknik temu bual, pemerhatian ikut serta yang melibatkan data, iaitu teknik temu bual, pemerhatian ikut serta yang melibatkan tahap passive dan moderate, dan kajian dokumen. Hasil kajian yang diperolehi menunjukkan penduduk di Kampung Padang Luas mempunyi pola pemikiran dan kepercayaan magis yang tersendiri. Pola pemikiran dan kepercayaan magis yang dimiliki oleh mereka dikaitkan dengan amalan Main Puteri yang dijadikan sebagai salah satu rawatan tradisional dalam mengubati pesakit. Rawatan tradisional dalam bentuk ini menjadi satu keperluan dalam masyarakat kerana fungsinya dapat merawat penyakit yang berpunca daripada gangguan makhluk halus, membuang saka keturunan keluarga, memulihkan semangat pesakit, menyemah kampung serta bendang, dan membayar niat dan nazar seseorang. Hasil kajian ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat umum berhubung pola pemikiran dan kepercayaan magis penduduk Kampung Padang Luas. Di samping menunjukkan signifikan persembahan Main Puteri dalam kalangan anggota masyarakat yang mengamalkannya, dan dalam masa yang sama dapat dijadikan sebagai asas rujukan oleh pelbagai pihak agar penyelidikan yang berterusan dapat dijalankan pada masa akan datang.
|