| Summary: | Umumnya, perjanjian antarabangsa merupakan suatu persetujuan di antara negara-negara berdaulat yang muncul hasil kepada keperluan bagi negara-negara untuk mendapatkan manfaat antara satu sarna lain. Sebahagian be ar perjanjian antarabangsa adalah berkait dengan keperluan untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dan asas hak-hak kemanllsiaan seperti perlindungan nyawa dan maruah. Namun, beberapa perjanjian antarabangsa mempunyai kemungkinan untuk bertentangan dengan prinsip¬prinsip Islam. Ketidaksesuaian beberapa perjanjian antarabangsa untuk menjadi patuh syariah telah menyekat kewajipan antarabangsa ban yak negara-negara Islam. Oleh itu, kajian ini cuba untuk menyediakan mekanisme lain bagi negara-negara Islam dengan melihai kepada kemungkinan untuk menggunakan Maqasid Syariah sebagai satu parameter di dalarn proses pengesahan perjanjian antarabangsa. Dengan menggunakan cara kualitatif untuk menganalisis data, kajian ini telah menganalisis tiga perjanjian hak-hak kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang disifatkan sebagai tidak se uai dengan prinsip-prinsip Islam. Intipati perjanjian itu adalah; penjagaan agama, penjagaan nyawa dan penjagaan rnaruah. Hasil. kajian menunjllkkan bahawa Maqasid Syariah mampu menyediakan pilihan yang lebih balk yang berkait dalam kebebasan menukar agarna, kesarnarataan antara jantina, dan hukuman mati yang dibawa dalarn perjanjian antarabangsa ini. Akhimya, kajian ini mendapati bahawa Maqasid Syariah rnarnpu rnemainkan peranan yang kritikal dan lebih besar dalam melindungi nyawa, harta, akal, agama dan rnaruah orang ramai, Kajian ini mencadangkan agar negara-negara Islam patut mempertimbangkan untuk menggunakan Maqasid Syariah sebagai parameter yang berdaya maju dalam menyoror dasar antarabangsa mereka terhadap perjanjian antarabangsa.
|