مقارنة مناهج تعليم قواعد اللغة العربية في المدارس الاهلية الاسلامية بجنوب تايلاند

Meskipun masyarakat Selatan Thailand (Patani) mula berinteraksi dengan bahasa Arab sejak kemasukan Islam pada akhir abad pertama Hijrah lagi, namun pengajian bahasa Arab di sekolah-sekolah arab hingga kini masih belum mantap dan tersusun, Malah hampirsetiap sekolah mempunyai kurikulum tersendiri dan...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: فطاني, فريد احمد عاوي (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Meskipun masyarakat Selatan Thailand (Patani) mula berinteraksi dengan bahasa Arab sejak kemasukan Islam pada akhir abad pertama Hijrah lagi, namun pengajian bahasa Arab di sekolah-sekolah arab hingga kini masih belum mantap dan tersusun, Malah hampirsetiap sekolah mempunyai kurikulum tersendiri dan berbeza antara satu sama lain. Ini memberi implikasi kepada kompetensi bahasa Arab yang tidak standard dalam kalangan rnurid sekolah berkenaan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kurikulum pengajaran tatabahasa Arab di tiga buah sekolah terpilih, iaitu Maahad al¬Bi'that al-Diniyyah Yala, Maahad al-Tarqiyyah al-Islamiyyah Naratiwat dan Madrasah Azizstan Patani yang merupakan sekolah-sekolah agama swasta tersohor di Selatan Thailand serta melakukan kajian perbandingan terhadap kelainan aspek positif dan negatif dalam kurikulum sekolah-sekolah tersebut. Selain itu, kajian juga cuba mengemukakan cadangan untuk mempertingkatkan kurikulum pengajaran tatabahasa Arab di sekolah-sekolah agarna swasta Selatan Thailand. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif deskriptif yang diadaptasi daripada pendekatan Bereday untuk menganalisis perbandingan dokurnen kurikulum daripada tiga buah sekolah terpilih d Selatan Thailand. Bagi menjayakan kajian ini, tiga instrumen iaitu temu bual pemerhatian ikut serta (observation) dan analisis dokumen digunakan. Kajian menunjukkan sekolah-sekolah tersebut mempunyai kurikulum berbeza kerana tiada penyelian dari badan khas bagi mengawal selia kurikulum sekolah-sekolah agama d Thailand. Maka, kurikulum yang digunapakai di tiga buah sekolah tersebu mempunyai perbezaan positif dan negatif yang ketara dari segi pentadbiran sekolah, buku rujukan, kaedah pengajaran, aktiviti pengajaran, pentaksiran begitu juga tempoh pengajian. Kajian ini bertujuan untuk mencadangan pemantapkan kurikulum pengajaran tatabahasa Arab yang sedia ada di sekolah-sekolah Arab swasta Selatan Thailand. Kurikulum pengajaran tatabahasa Arab di sekolah-sekolah Arab swasta Selatan Thailand memerlukan pembaharuan seimbang dengan perkembangan semasa sebagaimana cadangan yang dikemukakan dalam kajian ini.
Physical Description:xix, 378 leaves : illustrations (some colour) ; 31 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 338-357)