Penerapan nilai spiritual Islam dalam ilmu nahu menurut Al-Qushayri dalam kitab "nahw al-qulub al-kabir"

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menekankan kepada elemen nilai murni dan spiritual yang harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang. Strategi penerapan nilai tersebut hendaklah berpusatkan kepada nilai spiritual kerana i...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Shahrizal Mahpol (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000094862
005 20220810093000.0
008 181107s2018 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a BP190.5.S3   |b S53 2018 
090 0 0 |a BP190.5.S3   |b S53 2018 
100 0 |a Shahrizal Mahpol ,   |e author 
245 1 0 |a Penerapan nilai spiritual Islam dalam ilmu nahu menurut Al-Qushayri dalam kitab "nahw al-qulub al-kabir"   |c Shahrizal bin Mahpol 
264 0 |c 2018 
300 |a xiv, 279 leaves :   |b illustrations ;   |c 31 cm. 
336 |a text   |2 rdacontent 
337 |a unmediated   |2 rdamedia 
338 |a volume   |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Doctor of Philosophy in Usuluddin) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2018 
504 |a Includes bibliographical references (leaves 146-152) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Latar belakang Al-Qushayri dan ketokohanya -- 3. latar belakang penulisan kitab "nahw al-qulub alkabir" oleh al-qusahyri -- 4. Penerapan nilai spritual Islam dalam ilmu nahu dalam kitab "nahw Al-Qulub al-kabir" -- 5. Analisis terhadap penerapan nilai spiritual islam dalam ilmu nahu dalam kitab "nawh al-qulub al-kabir" -- 5. Kesimpulan dan penutup 
520 |a Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menekankan kepada elemen nilai murni dan spiritual yang harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang. Strategi penerapan nilai tersebut hendaklah berpusatkan kepada nilai spiritual kerana ia merupakan paksi kepada pembangunan nilai intelek, emosi dan jasmani. Antara bidang ilmu yang perlu diterapkan dengan nilai tersebut ialah ilmu nahu Arab. Kajian mendapati al-Qushayri merupakan tokoh ulama suf yang mempelopori usaha penerapan nilai spiritual Islam dalam ilmu nahu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ketokohan al-Qushayri dalam pelbagai disiplin ilmu Islam sehingga beliau dikenali sebagai tokoh yang menerapkan nilai spiritual Islam dalam ilmu nahu dan pelbagai disiplin ilmu Islam yang lain. Kajian juga ditumpukan untuk menyelidiki latar belakang penulisan karya nahu beliau yang menggabungkan antara aspek spiritual dan linguistik berjudul "Nahw al-Quliib al-Kabir. Selain dari itu kajian juga dilakukan untuk menyelididki sejauh mana nilai spiritual Islam dapat diterapkan dalam ilmu nahu. Seterusnya, kajian akan menganalisis bentuk-bentuk unsur spiritual yang diterapkan dalam karya tersebut. Kajian kualitatif deskriptif ini menggunakan metod anal isis kandungan dokumen (content analysis) melalui kaedah pengumpulan data dari pelbagai surnber primer dan sekunder berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Dalam menganalisis data-data yang dikumpulkan, kajian tclah menggunakan beberapa kaedah seperti metod induktif, metod deduktif dan metod perbandingan dan metod kritikan Hadis. Kajian mendapati al-Qushayri merupakan seorang ulama' sufi sunni yang telah diperakui ketokohannya oleh kebanyakan ulama' dalam bidang spiritual dan berjaya mengintegrasikan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat. Kajian juga mendapati kitab "Nahw al-Quliib al-Kabir" merupakan sebuah karya beliau yang memperkenalkan satu pendekatan baharu melalui penerapan nilai-nilai spiritual Islam dalam perbahasan nahu yang dikuatkan lagi huraiannya dengan dalil-dalil dari ayat Quran. Hadis sahih dan pandangan ulama' sufi yang muktabar. Selain dari itu, kajian mendapati beliau telah mengetengahkan empat peringkat yang mesti dilalui oleh setiap siilik untuk mencapai kemuncak matlamat perjalanan spiritual iaitu mentauhidkan Allah. Peringkat-peringkat tersebut ialah takhalli, takhalluq, todhawwuq dan tahaqquq, Melalui analisis yang dijalankan juga, kajian mendapati al­Qushayri telah rnenerapkan nilai-nilai spiritual Islam dalam disiplin ilmu nahu melalui dua aspek utama. Pertama ialah aspek persamaan dalam penggunaan istilah bagi kedua-dua disiplin ilmu spiritual Islam dan ilmu nahu. Kedua ialah aspek persamaan pada makna atau maksud bagi konsep-konsep dalam ilmu spiritual Islam yang boleh dibandingkan dengan istilah atau kaedah dalarn ilmu nahu. Kajian menyimpulkan bahawa nilai-nilai spiritual Islam sememangnya perlu diterapkan dalam pengajian ilmu nahu dengan berpandukan kepada kaedah baharu yang dicadangkan dalam kajian ini sebagaimana diketengahkan oleh al-Qushayri melalui karya nahu beliau. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
650 0 |a Islam and science 
650 0 |a Philosophy and religion 
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000174420   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus