| Summary: | Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 menekankan kepada elemen nilai murni dan spiritual yang harus diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang. Strategi penerapan nilai tersebut hendaklah berpusatkan kepada nilai spiritual kerana ia merupakan paksi kepada pembangunan nilai intelek, emosi dan jasmani. Antara bidang ilmu yang perlu diterapkan dengan nilai tersebut ialah ilmu nahu Arab. Kajian mendapati al-Qushayri merupakan tokoh ulama suf yang mempelopori usaha penerapan nilai spiritual Islam dalam ilmu nahu. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ketokohan al-Qushayri dalam pelbagai disiplin ilmu Islam sehingga beliau dikenali sebagai tokoh yang menerapkan nilai spiritual Islam dalam ilmu nahu dan pelbagai disiplin ilmu Islam yang lain. Kajian juga ditumpukan untuk menyelidiki latar belakang penulisan karya nahu beliau yang menggabungkan antara aspek spiritual dan linguistik berjudul "Nahw al-Quliib al-Kabir. Selain dari itu kajian juga dilakukan untuk menyelididki sejauh mana nilai spiritual Islam dapat diterapkan dalam ilmu nahu. Seterusnya, kajian akan menganalisis bentuk-bentuk unsur spiritual yang diterapkan dalam karya tersebut. Kajian kualitatif deskriptif ini menggunakan metod anal isis kandungan dokumen (content analysis) melalui kaedah pengumpulan data dari pelbagai surnber primer dan sekunder berkaitan dengan tajuk yang dikaji. Dalam menganalisis data-data yang dikumpulkan, kajian tclah menggunakan beberapa kaedah seperti metod induktif, metod deduktif dan metod perbandingan dan metod kritikan Hadis. Kajian mendapati al-Qushayri merupakan seorang ulama' sufi sunni yang telah diperakui ketokohannya oleh kebanyakan ulama' dalam bidang spiritual dan berjaya mengintegrasikan antara ilmu syariat dan ilmu hakikat. Kajian juga mendapati kitab "Nahw al-Quliib al-Kabir" merupakan sebuah karya beliau yang memperkenalkan satu pendekatan baharu melalui penerapan nilai-nilai spiritual Islam dalam perbahasan nahu yang dikuatkan lagi huraiannya dengan dalil-dalil dari ayat Quran. Hadis sahih dan pandangan ulama' sufi yang muktabar. Selain dari itu, kajian mendapati beliau telah mengetengahkan empat peringkat yang mesti dilalui oleh setiap siilik untuk mencapai kemuncak matlamat perjalanan spiritual iaitu mentauhidkan Allah. Peringkat-peringkat tersebut ialah takhalli, takhalluq, todhawwuq dan tahaqquq, Melalui analisis yang dijalankan juga, kajian mendapati alÂQushayri telah rnenerapkan nilai-nilai spiritual Islam dalam disiplin ilmu nahu melalui
dua aspek utama. Pertama ialah aspek persamaan dalam penggunaan istilah bagi kedua-dua disiplin ilmu spiritual Islam dan ilmu nahu. Kedua ialah aspek persamaan pada makna atau maksud bagi konsep-konsep dalam ilmu spiritual Islam yang boleh dibandingkan dengan istilah atau kaedah dalarn ilmu nahu. Kajian menyimpulkan bahawa nilai-nilai spiritual Islam sememangnya perlu diterapkan dalam pengajian ilmu nahu dengan berpandukan kepada kaedah baharu yang dicadangkan dalam kajian ini sebagaimana diketengahkan oleh al-Qushayri melalui karya nahu beliau.
|