| Summary: | Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan kemudahan inovasi di sekolah seperti sistem, aplikasi dan peralatan teknologi agar guru-guru menggunakannya bagi meningkatkan kualiti sistem pendidikan di negara ini. Namun demikian, guru-guru dikenalpasti kurang menggunakan inovasi di sekolah berdasarkan beberapa faktor antaranya di segi pengetahuan, kemahiran dan sokongan termasuk faktor-faktor lain. Kajian lepas mendapati perkongsian pengetahuan yang berjaya akan menggalakkan penggunaan inovasi di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan model penggunaan inovasi organisasi dalam kalangan guru terhadap inovasi organisasi berdasarkan Faktor Individu, Faktor Organisasi, Faktor Teknologi dan Sikap sebagai pengantara (mediator). Model bersepadu ini dibangun berdasarkan modifikasi tiga teori iaitu Structural Model of Technology Theory (SMT), Theory of Planned Behavior (TPB) dan Knowledge-Based Theory of Firm (KBT). Kajian ini menggunakan Model QUAN-Qual yang menggabungkan pengurnpulan data yang major melalui kaedah kuantitatif dengan teknik soal selidik dan kaedah kualitatif dengan teknik temu bual. Data dianaJisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS), bagi anal isis deskriptif dan demografi, manakala model diuji dan dinilai melalui anal isis Model Persamaan Berstruktur Kuasa Dua Terkecil Separa (MPB-KDTS). Kajian mendapati Faktor lndividu, Faktor Organisasi dan Faktor Teknologi mempunyai hubungan yang positif terhadap Sikap. Faktor Individu dan Faktor Organisasi didapati mempunyai hubungan yang positif terhadap lnovasi Organisasi sebaliknya Faktor Teknologi tidak mempunyai hubungan yang positif terhadap lnovasi Organisasi. Seterusnya, Sikap pula adalah pengantara yang signi fikan antara hubungan bagi ketiga-tiga faktor iaitu Faktor Individu, Faktor Organisasi dan Faktor Teknologi dengan Inovasi Organisasi. Model Tahap Penggunaan lnovasi Guru (MTPIG) yang dibangunkan dalam kajian ini merupakan satu model yang komprehensif sebagai rujukan kepada personel-personel pendidikan bagi menyokong seterusnya memperkasakan agenda inovasi di sekolah-sekolah dan juga organisasi pendidikan yang lain.
|