| Summary: | Sedimentasi ialah proses pembawaan bahan hasil daripada hakisan oleh air, angin atau glesier yang kemudian diendapkan dan membentuk batuan sedirnen. Sedimentasi merupakan masalah yang sering berlaku di lembangan sungai-sungai seperti di kawasan yang giat dengan aktiviti guna tanah. Sungai Terengganu merupakan sungai utarna di Kuala Terengganu yang mengalir keluar daripada Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. Sungai Terengganu telah mengalami kemerosotan kualiti dan kecetekan air akibat daripada proses sedimentasi dan ketidakseimbangan pembangunan di sekitar lembangannya. Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk menganggarkan penghasilan muatan sedirnen (MS) (Sediment yield) tahunan (tan/krrrvtahun) di Sungai Terengganu. 29 stesen persampelan telah dipilih sepanjang Sungai Terengganu bermula dari bahagian hulu hingga ke hilir. Antara em pal parameter utama diukur iaitu Jumlah Pepejal Terampai (Total Suspended Solid) (TSS), Kekeruhan Air (Turbidity) CruR), taburan saiz butiran sedimen (phi) dan nilai luahan sungai (Q). Kaedah Gravimetrik dan Kaedah 180.1 (USEPA) digunakan untuk menganalisis TSS dan TUR serta prosedur Gerald & Kenneth dan Skala Udden & Wenthworth diaplikasikan dalarn anal isis butiran sedimen. Pemodelan envirometrik menggunakan Algorithma Analisa Kelompok (AAK) telah memodelkan ciri-ciri kehornogenan butiran sedimen bagi mengenalpasti punca perrnasalahan sedimentasi serta mengusulkan beberapa cadangan penyelesaian. Hasil kajian menunjukkan purata TSS (mg/L) paling tinggi adalah 67.2 (musim basah) dan 128.2 (musim kering) iaitu keJas Ill. Manakala TUR (NTU) dicatatkan paling tinggi 43.57 (musim basah) dan 21.57 (musirn kering) iaitu kelas IJ berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS). Anggaran purata tahunan sedirnen yang diangkut keluar dari Sungai Terengganu ialah 705.312 tanlkm'ltahun. Analisis statisiik nilai phi yang diperolehi menunjukkan saiz butiran sedirnen dasar didominasi oleh saiz yang kasar (Phi -0.10 ke phi -0.30) dan sangat kasar (phi-0.30 ke -1.00) yang menunjukkan penghasilan perilaku sedimentasi yang disebabkan oleh aktiviti perlombongan pasir di dalam Lembangan Sungai Terengganu. Analisis statistik rnembuktikan hubungan kolerasi dan regrasi an tara TSS dan TUR, luahan sungai dan TSS, MS dan pencongan serta luas kawasan lembangan dan MS menunjukkan hubungan kolerasi yang lernah dan hubungan regrasi yang tidak signifikan kesan daripada faktor antropogenik dan perubahan iklim yang tidak menentu. Permasalahan sedimentasi ini berpunca daripada perubahan guna tanah yang tidak lestari, masalah hakisan tebing dan aktiviti perlombongan pasir yang aktif. Kajian ini mencadangkan kaedah pengurusan permasalahan sedirnentasi merangkumi langkah penyelesaian perubahan guna tanah, masalah hakisan tebing, langkah penyelesaian dan perundangan berkenaan kerja-kerja perlombongan pasir tanpa kawalan di Sungai Terengganu dan mencadangkan kaedah pengurusan sungai bersepadu berdasarkan konsep Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (lRBM) di Sungai Terengganu. Pelaksanaaan cadangan tersebut haruslah dijalankan dengan lebih spesifik bagi setiap penyelesaian masalah sedimentasi di Sungai Terengganu bagi mengelakkan dan meminimumkan pelbagai masalah lain yang akan timbul kesan dari pelaksanaan penyelesaian yang dicadangkan.
|