| Summary: | Kitab al-Hikam merupakan an tara rujukan utarna dalam tarekat Shiidhuliyyah, namun aplikasi daripada pengajian kitab tersebut dalarn institusi tersebut belum dikenal pasti secara ilrniah di Malaysia. Penulisan ini bertujuan mengenal pasti konsep terapi tauhid. Seterusnya menganalisis konsep terapi tauhid yang diketengahkan oleh Ibn 'Ala' Allah al-Sakandarl menerusi karyanya al-Hikam dan mengkaji praktik konsep tersebut dalam institusi tarekat Shiidhuliyyah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah anal isis kandungan dengan menyoroti pelbagai penulisan berkait kepentingan kerohanian dalam rnembina kesejahteraan manusia. Kernudian. meneliti elemen terapi tauhid daripada sumber primer kitab al-Hikam karya Shaykh Ibn 'Ala' Allah. Penelitian aplikasinya dilaksanakan menerusi ternu bual pengamal yang juga merupakan muqaddim salah satu cabang tarekat tersebut. Kajian mendapati konsep terapi tauhid merupakan rawatan kerohanian menerusi penghayatan tauhid secara menyeluruh. Amalannya diserlahkan dalam segenap aspek kehidupan bersumberkan kefahaman syariat Islam dan keimanan yang teguh kepada Allah SWT. Proses terapi tauhid yang diterapkan Shaykh Ibn 'Ata'Allah menerusi al-Hikam bermula dengan kembalinya seseorang salik kepada Allah SWT, diikuti penyucian jiwa dan tau bat, pemumian dan pemantapan tauhid, patuh tuntutan dan larangan Allah SWT, berharap dan berserah kepada Allah SWT, beramal dan mengalami pengalaman kerohanian, meyakini dan merasai keakraban Allah SWT serta mengambil berat keperluan pengetahuan sebagai asas dan dasar utama penghayatan tauhid. Aplikasinya dalam tarekat Shiidhuliyyah; setelah berbaiah dengan baiah tahkim, amalan wirid, khalwah, majlis ilmu serta suhbah dengan guru menjadi keutamaan. Aplikasi ini memainkan peranan besar dalam memandu dan membuka kefahaman tauhid yang menjadi sumber kebahagiaan jiwa pengarnalnya. Kajian ini membuktikan bahawa aplikasi daripada penghayatan nilai tauhid yang dilaksanakan dengan tekun serta bertepatan panduan yang digariskan guru musyid merupakan antara jalan terbaik bagi tujuan memupuk kebahagiaan manusia. Hasil kajian ini merupakan suatu perbincangan baru yang mengetengahkan kesedaran dan terapi tauhid sebagai pembentuk kebahagiaan muslim secara rohani, mental dan fizikal. Maka, individu muslim dapat mengambil iktibar dan berusaha memantapkan tauhid bagi menjalani kehidupan yang aman sejahtera.
|