| Summary: | Komuniti luar bandar kini berdepan dengan cabaran yang memerlukan kepimpinan kornuniti yang peka menangani setiap cabaran dan isu-isu dalam pembangunan luar bandar. Usaha kerajaan bagi mernastikan komuniti luar bandar seiring dengan pembangunan negara telah menjadi cabaran terbesar dan memerlukan pemimpin komuniti yang berwibawa bagi mencapai hasrat pembangunan negara. Kajian telah dijalankan di empat buah komuniti luar bandar di negeri Terengganu bagi menilai sejauh mana kepimpinan J KKK mempengaruhi pencapaian komuniti setempat dalam melaksanakan agenda pembangunan kornuniti luar bandar. Komuniti tersebut dipilih berdasarkan pencapaian cernerlang yang telah diraih dalam program-program pertandingan pernbangunan komuniti selain menunjukkan perubahan yang positif hasil perlaksanaan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Objektif kajian ini adalah (i) mengenalpasti ciri dan peranan pernimpin komuniti luar bandar. (ii) mengenalpasti cabaran yang dihadapi pemimpin komuniti untuk memajukan komuniti, (iii) menilai keberkesanan gaya kepimpinan yang dipraktiskan serta (iv) membina model kepimpinan yang boleh rnernberi impak yang lebih berkesan kepada komuniti luar bandar. Kajian ini telah menggunakan penelitian kualitatif dengan pendekatan fenomenologi yang dilihat bersesuaian dengan objektifkajian ini. Data kajian diperolehi rnelalui teknik temu bual, pemerhatian dan juga anal isis dokurnen. Seramai 45 orang responden telah terlibat secara langsung yang terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Jawatankuasa JK.KK, pegawai dari agensi kerajaan dan juga penduduk setempat. Data kajian dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepimpinan komuniti yang berwibawa akan rnenunjukkan ciri dan peranan signifikan kepada komuniti dan rnampu rnernbcri irnpak yang positif kepada pembangunan komuniti Iuar bandar malahan pernimpin yang berwibawa dapat menguruskan cabaran dengan baik dan torus fokus ke arah kejayaan. Malahan, gaya kepimpinan yang efektif dipraktiskan oleh pemimpin kornuniti ini dilihat lebih dinamik serta berupaya membawa perubahan kepada komuniti dari aspek pembangunan sosial, ekonomi, infrastruktur, pendidikan, budaya dan perubahan pemikiran kornuniti luar bandar. Bagi mernantapkan aspek kepimpinan, kajian ini turut mencadangkan satu model kepimpinan yang lebih efektif untuk diterapkan dalarn konteks komuniti terutamanya di kawasan luar bandar dengan memberi penckanan terhadap elemen modal sosial. Pengaruh kepimpinan di empat buah komuniti ini dilihat sebagai manifestasi perubahan kepada kepirnpinan yang lebih baik yang rnampu menjadi contoh kepada pernirnpin komuniti yang lain.
|