Hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan temperamen dengan masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak

Masalah penyesuaian tingkah laku dalam kaJangan kanak-kanak jika dibiarkan berterusan boleh menjejaskan perkembangan sosioemosi dan kognitif kanak-kanak, Produktiviti, sikap inovatif dan kreativiti juga menjadi semakin lemah dan akhimya bakal merencatkan potensi diri kanak-kanak. Mereka juga berisik...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Zanariah Mat Isa (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:

MARC

LEADER 00000cam a2200000 7i4500
001 0000094537
005 20221127093000.0
008 180702s2018 my may
040 |a UniSZA   |e rda 
050 0 0 |a LC230   |b .Z36 2018 
090 0 0 |a LC230   |b .Z36 2018 
100 0 |a Zanariah Mat Isa ,   |e author 
245 1 0 |a Hubungan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan temperamen dengan masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak   |c Zanariah Mat Isa 
264 2 0 |c 2018 
300 |a xxiii, 439 leaves :   |b illustrations (some colour) ;   |c 30 cm. 
336 |a text  |2 rdacontent 
337 |a unmediated  |2 rdamedia 
338 |a volume  |2 rdacarrier 
502 |a Thesis (Ijazah Doktor Falsafah) - Universiti Sultan Zainal Abidin, 2018 
504 |a Includes bibliographical references (p. 377- 409) 
505 0 |a 1. Pendahuluan -- 2. Sorotan Literatur -- 3. Metodologi -- 4. Dapatan kajian -- 5. Rumusan, perbincangan dapatan dan cadangan -- 6. Penutup 
520 |a Masalah penyesuaian tingkah laku dalam kaJangan kanak-kanak jika dibiarkan berterusan boleh menjejaskan perkembangan sosioemosi dan kognitif kanak-kanak, Produktiviti, sikap inovatif dan kreativiti juga menjadi semakin lemah dan akhimya bakal merencatkan potensi diri kanak-kanak. Mereka juga berisiko mengalami keciciran dalam kernahiran literasi dan numerasi. Walau bagaimanapun kajian masalah penyesuaian tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak tadika di Malaysia masih kurang dilakukan. Kajian sebelum ini hanya tertumpu pada peringkat sekolah rendah dan menengah, sedangkan masalah tingkah laku sebaik-baiknya dikenal pasti lebih awal. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji profil masalah penyesuaian tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak. Kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis hubungan antara tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan, tahap temperamen kanak-kanak dan jantina dengan masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak. Kajian kuantitatifyang menggunakan reka bentuk tinjauan deskriptifini melibatkan 380 orang kanak-kanak Tadika Yayasan Islam Terengganu. Mereka dipilih melalui pensampelan rawak berstrata. Data kajian diperoleh melalui instrumen soal selidik yang merangkumi domain penglibatan ibu bapa dalam pendidikan, temperamen kanak-kanak dan masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kajian ini menunjukkan bahawa tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan secara keseluruhannya adalah sederhana. Ibu bapa didapati paling kerap melibatkan diri dalam pendidikan di rumah. Tahap temperamen kanak-kanak secara keseluruhannya adalah sederhana. Tahap ternperarnen pcngawalseliaan kanak-kanak didapati lebih tinggi daripada temperamen kereaktifan positif dan afektif negatif. Secara keseluruhannya tahap masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak adalah rendah. Hiperaktif rncrupakan masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap ditonjolkan oleh kanak-kanak, Kanak-kanak lelaki mempamerkan masalah penyesuaian tingkah laku lebih tinggi berbanding perempuan secara keseluruhan dan dalarn kctiga-tiga kategori iaitu hiperaktif, kebimbangan-ketakutan dan permusuhan¬agresif. Ujian ANOYA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pada masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berdasarkan tahap penglibatan ibu bapa dalam pendidikan. Ujian-t mernperlihatkan tidak terdapat perbezaan signifikan pada masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berdasarkan tahap temperamen. Sebaliknya, wujud perbezaan signifikan pada masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berdasarkan jantina. Ujian MANOYA pula menunjukkan terdapat perbezaan signifikan pad a masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak berdasarkan konstruk mengikut perbezaan jantina. Melalui ujian Univariat didapati terdapat perbezaan signifikan pada masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak kategori hiperaktif mengikut perbezaan jantina. Analisis regresi berganda menunjukkan terdapat pengaruh signifikan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan temperamen terhadap masalah penyesuaian tingkah laku kanak-kanak. Hasil kajian ini dapat memberi sumbangan terhadap implikasi teori dan pedagogi khususnya di peringkat penggubal dasar, institusi pendidikan, pentadbir sekolah dan guru. 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Dissertations 
610 2 0 |a Universiti Sultan Zainal Abidin   |x Faculty of Islamic Contemporary Studies   |v Dissertations 
650 0 |a Education 
650 0 |a Parent   |x teacher relationships 
651 0 |a Educational research   |z Malaysia 
655 0 |a Dissertations, Academic 
710 2 |a Universiti Sultan Zainal Abidin .   |b Faculty of Islamic Contemporary Studies 
999 |a 1000173772   |b Thesis   |c Reference   |e Gong Badak Campus