Kesediaan penggunaan pembelajaran mudah alih terhadap pembelajaran al-Quran dalam kalangan pelajar aliran pengajian Islam di UniSZA

Pembelajaran al-Quran mempunyai pelbagai kaedah yang diperkenalkan para sarjana dan ulama Islam. Antara asas kaedah tersebut ialah kaedah talaqql mushiifahah. Kaedah ini penting dalam pembelajaran al-Quran bagi memudahkan baeaan al-Quran bertajwid dalam masyarakat Islam dulu hingga kini. Walaupun te...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nurfaizah Fauzi (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Pembelajaran al-Quran mempunyai pelbagai kaedah yang diperkenalkan para sarjana dan ulama Islam. Antara asas kaedah tersebut ialah kaedah talaqql mushiifahah. Kaedah ini penting dalam pembelajaran al-Quran bagi memudahkan baeaan al-Quran bertajwid dalam masyarakat Islam dulu hingga kini. Walaupun terdapat pelbagai modul dan kaedah diperkenalkan, namun masih terdapat kelemahan terhadap baeaan al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam. 8agi mcngatasi kelemahan ini, teknik pembelajaran mudah alih perlu diperkenalkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan men genal pasti sejauh mana tahap kesediaan penggunaan pembelajaran mudah alih sebagai medium terhadap pembelajaran al-Quran dalam kalangan pelajar pengajian Islam di UniSZA. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif menerusi borang soal selidik sebagai alat kajian. Seramai 320 orang ft!§ponden terdiri daripada pelajar aliran pengajian Islam UniSZA di Terengganu dipilih seeara rawak berstrata. Data yang diperoleh daripada pelajar dianalisis seeara deskriptif bagi meneapai objektif pertama dan kedua kajian menggunakan min, sisihan piawai dan peratus. Manakala analisis inferensi turut digunakan iaitu Ujian-t sam pel tidak bersandar, analisis Anova Satu Hala dan korelasi Pearson bagi meneapai objektif ketiga, keempat dan kelima kajian. Hasil kajian mendapati tahap kesediaan penggunaan pembelajaran mudah alih bagi pembelajaran al-Quran secara keseluruhan dan berdasarkan konstruk adalah tinggi. Persepsi pelajar terhadap keupayaan diri dalam penguasaan bacaan al-Quran mendapati majoriti pel ajar eemerlang dalam mengenal huruf al-Quran dan lemah dalam pengetahuan berlagu. Hasil ujian-t melaporkan faktor jantina tidak mempengaruhi kesediaan penggunaan pembelajaran mudah alih terhadap pembelajaran al-Quran dalam kalangan pelajar. Ujian Anova Satu Hala turut memperlihatkan kesediaan pelajar menggunakan alat rnudah aim dalam pembelajaran al-Quran tidak dipengaruhi oleh faktor program pengajian setiap kumpulan pelajar. Hasil ujian korelasi Pearson pula melaporkan terdapat perkaitan signifikan antara persepsi keupayaan diri dalam pembaeaan al-Quran dengan tahap kesediaan berdasarkan konstruk dan seeara keseluruhan bagi kesediaan penggunaan mudah alih terhadap pembelajaran al-Quran dalam kalangan pelajar aliran pengajian Islam di UniSZA, Terengganu. Kekuatan korelasi mendapati hubungan antara persepsi pelajar terhadap keupayaan diri dalam baeaan al-Quran dengan tahap kesediaan berdasarkan konstruk dan secara keseluruhan kajian adalah hubungan korelasi lemah dan rendah. Hasil kajian menunjukkan implementasi teknologi mudah alih dalam pembelajaran al-Quran mampu menarik minat pelajar dalam menguasai baeaan al-Quran disamping menepati konsep pembelajaran terkini.
Physical Description:xvi, 176 leaves : illustrations (some colour) ; 30cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 145-159)