| Summary: | Diploma Qiraat dan Tarannum adalah peringkat pengajian tertinggi bagi ilmu Qiraat Tujuh yang wujud di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KJAS). Kurikulum pengajian qiraatnya sedikit berbeza dari kebanyakan institusi lain yang turut menawarkan pengajian qiraat kerana ia tidak mewajibkan hafalan al-Quran. Justeru perbezaan syarat kemasukan ini, kajian mengenai tahap penguasaan graduan diploma Qiraat dan Tarannum terhadap Qiraat Tujuh tersebut amat signifikan dilakukan, ditambah pula dengan dapatan dari kajian-kajian lepas di institusi lain yang menunjukkan kelemahan penguasaan ilmu ini dalam kalangan penuntutnya. Terdapat empat( 4) aspek utarna yang berkait rapat dengan penguasaan Qiraat Tujuh yang difokuskan dalam kajian ini iaitu penguasaan Kaedah Umum qiraat, sebutan item-item penting qiraat, praktikal ayat al-Quran dengan bacaan qiraat, dan juga Kaedah Jam'. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan Kaedah Umum dan kemampuan mempraktikkan bacaan Qiraat Tujuh dalam kalangan pelajar Diploma Qiraat dan Tarannum KJAS. la juga bertujuan menganalisis tahap penguasaan sebutan item-item penting qiraat dan penguasaan Kaedah Jam' dalam kalangan mereka. Kajian yang berbentuk kualitatif ini telah mengumpulkan data-data daripada II orang responden yang memenuhi kriteria yang berjustifikasi dengan menggunakan analisis mendalam ke atas semua elemen yang berkaitan bagi menjawab objektif kajian. Instrumen kajian ini menggunakan pendekatan menguji para responden sepenuhnya. Elemen pengujian ini berbeza pula pendekatannya berasaskan empat(4) aspek utama yang telah dinyatakan di atas. Data-data yang telah berjaya dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan parameter yang telah ditetapkan oleh penyelidik. Kajian ini mendapati bahawa majoriti responden amat lemah dalam penguasaan Kaedah Umum bagi Qiraat Tujuh, sederhana dalam mempraktikkan bacaan qiraat tersebut walaupun mereka mempunyai penguasaan yang baik pada aspek tajwid dan kelancaran. Majoriti responden juga didapati lemah dalam penguasaan Kaedah Jam'. Sungguhpun begitu, majoriti responden mampu menyebut dengan tepat kebanyakan dari item-item penting qiraat. Sehubungan dengan itu, kajian mencadangkan agar kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu ditambahbaik iaitu dengan memberi tumpuan kepada peringkat asas penguasaan bacaan qiraat iaitu dengan menguasai Kaedah Umum. Ini kerana, kajian ini mendapati kelemahan dalam aspek-aspek lain adalah kesan daripada kelemahan dalam penguasaan Kaedah Umum qiraat.
|