| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membina satu garis panduan bagi nafkah isteri bekerja. Kajian ini dilakukan kerana kes pengabaian natkah isteri sering berlaku dan semakin meningkat dalam masyarakat. Salah satu pengabaian natkah isteri berlaku adalah disebabkan isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri. Selain itu, masyarakat terutama suami masih belum memahami kewajipan memberi nafkah terhadap isteri sarna ada isteri tersebut tidak bekerja atau bekerja. Terdapat juga isteri yang tidak faham akan konsep nafkah isteri terutamanya hal-hal yang berkaitan dengan keperluan ketika bekerja, Oleh yang demikian, satu kajian ini harus dilakukan bagi merungkai permasalahan-permasalahan ini. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu, mengenal pasti konsep natkah isteri bekerja menurut perspektif Islam, menganalisis pandangan mufti, ahli akademik dan pengamal undang-undang yang berautoriti dalam penetapan nafk:ah isteri bekerja dan membina garis panduan nafkah isteri bekerja menurut perspektif Islam. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif. Bagi mencapai objektif-objektif yang dinyatakan, kajian ini memilih kajian penerokaan (exploratory research) sebagai reka bentuk kajian, kajian kepustakaan dan temubual berstruktur telah digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian perpustakaan dijalankan bagi mendapatkan data-data berkaitan nafkah isteri menurut Islam menerusi karya-karya fiqh klasik dan kontemporari. Selain itu, kaedah temubual berstruktur dijalankan bagi mendapat pandangan pakar-pakar berautoriti berkenaan nafkah isteri bekerja dan isu yang berkaitan natkah isteri bekerja. Data-data ini kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis dokumen (content analysis). Kajian ini mendapati kewajipan nafkah terhadap isteri tidak berubah apabila isteri bekerja dengan keizinan suami. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa responden-responden bersetuju bahawa tanggungjawab suami dalam memberi natkah terhadap isteri walaupun isteri bekerja. Hasil perbincangan kajian ini pada akhimya telah membina satu garis panduan nafk:ah isteri bekerja yang mengikut perspektif Islam pada mas a kini. Antara aspek utama garis panduan yang dibina ini ialah bentuk kebenaran suami terhadap pekerjaan isteri, syarat-syarat pemberian nafkah kepada isteri bekerja dan bentuk nafkah dalam waktu bekerja isteri. Kajian ini telah membina satu garis panduan yang bersesuaian untuk digunakan dalam penentuan nafkah isteri bekerja, Dengan wujudnya garis panduan ini, masyarakat Islam dapat memahami tentang nafkah terhadap isteri yang bekerja dengan lebih mendalam seterusnya menyelesaikan pelbagai permasalahan berkaitan nafkah.
|