Kefahaman dan amalan pengurusan darah wanita dalam kalangan guru pelatih institut pendidikan guru zon timur

Pengetahuan tentang darah wanita menurut Islam merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana mempunyai hubung kait dengan pelaksanaan ibadah dan urusan harian. Ia wajib diketahui oleh semua wanita Islam yang telah mukalaf baik yang berada di sekolah rendah, menengah dan juga pusat pengajian tin...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Nor Kartina Tawang (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Malay
Subjects:
Description
Summary:Pengetahuan tentang darah wanita menurut Islam merupakan suatu perkara yang sangat penting kerana mempunyai hubung kait dengan pelaksanaan ibadah dan urusan harian. Ia wajib diketahui oleh semua wanita Islam yang telah mukalaf baik yang berada di sekolah rendah, menengah dan juga pusat pengajian tinggi. Antara pusat pengajian tinggi ialah Institut Pendidikan Guru Zon Timur. Terdapat tanggapan daripada sesetengah orang yang menyatakan guru pelatih wanita Islam Institut Pendidikan Guru, kurang memaharni persoalan berkaitan dengan darah wanita dan amalan pengurusan berkaitan dengannya. Kajian ini dibuat dengan tujuan menganalisis kedudukan darah wanita menurut pandangan ulama muktabar Islam dan mengenal pasti sejauh manakah kefahaman dan amalan pengurusan berkaitan darah wanita dalam kalangan guru pelatih wanita Islam Institut Pendidikan bagi menjawab tanggapan yang dinyatakan di atas. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini berdasarkan mixed method iaitu gabungan antara kualitatif dan kuantitatif, di mana data-data dipungut daripada kajian kepustakaan yang tertumpu kepada karya-karya fiqh ulama muktabar Islam silam dan kontemporari. Data-data lapangan pula diperolehi daripada borang soal selidik dan kaedah temu bual bersama pakar dan responden. Kajian ini mendapati ulama muktabar Islam telah menggariskan pengetahuan dan kaedah yang lengkap dalam amalan pengurusan darah wanita, bermula dengan pengetahuan tentang darah wanita hingga kepada amalan¬amalan ibadah yang diharuskan dan dilarang. Kefahaman tentang darah wanita menurut Islam dalam kalangan guru pelatih IPG berada pada tahap sederhana iaitu di sekitar 50.9% manakala amalan pengurusan sebelum, semasa dan selepas kedatangan darah berada pada tahap 65.1 %. Keputusan korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman darah wanita dengan amalan sebelum, semasa dan selepas kedatangan darah wanita. Semakin meningkat pengetahuan dan kefahaman mereka tentang darah wan ita maka semakin tinggi juga amalan sebelum, semasa dan selepas kedatangan darah-darah wanita dalam jadual kehidupan responden. lni menunjukkan tanggapan yang mengatakan guru pelatih wanita Institut Pendidikan Guru kurang memahami dan mengamalkan pengurusan darah wanita adalah tidak benar. Kajian ini signifikan kepada seluruh lapisan masyarakat dalam aplikasi pengurusan darah wanita menurut syariat yang membawa maslahah khusus kepada kaum wanita.
Physical Description:xviii, 346 leaves : illustrations (some colour) ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (leaves 303-315)