الطباق والمقابلة دراسة تحليلية في جزء عم وفي الشواهد الشعرية المنتعلقة به في تفسير الشوكاني

Ramai orang Islam yang membaca al-Quran tidak mampu memahami aspek retorik yang terdapat dalam ayat al-Quran. Sehubungan itu perlu dilakukan kajian ilmiah yang lebih mendalam terhadap aspek berkenaan. Di samping itu tidak banyak kajian melibatkan kitab klasik yang dihasilkan oleh ulama' dari Ya...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: محمد حسين علي السيد (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Ramai orang Islam yang membaca al-Quran tidak mampu memahami aspek retorik yang terdapat dalam ayat al-Quran. Sehubungan itu perlu dilakukan kajian ilmiah yang lebih mendalam terhadap aspek berkenaan. Di samping itu tidak banyak kajian melibatkan kitab klasik yang dihasilkan oleh ulama' dari Yaman, khususnya kajian balaghah yang melibatkan kitab bernilai tinggi dan penting dalam pengajian Islam seperti Tafsir Imam al-Syawkani (Fath ai-Qadir). Objektif kajian ini ialah menjelaskan metodologi ulama balaghah silam dan kontemporari berhubung keindahan al-Quran, metodologi balaghah al-Syawkani dan hubungannya dengan al-Tibaq dan al-Muqabalah dalam syahid puisi juzu' 'Amma serta metod logi pengkaji dalam menganalisis al-Tibaq dan aL-Muqabalah dalam juz 'Ammo dan dalam syahid puisi yang berkaitan dengannya. Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. P ngkaji mengumpulkan data berkaitan aL- Tibaq dan al-Muqabalah dari urah-surah dalam juz 'Amma dan data berkaitan syahid puisi dari tafsir Imam al-Syawkani yang mentafsirkan surah¬surah dalam juz 'Amma tersebut. Data kajian kemudiannya dianalisis dcngan menghurai aspek retorik al- Tibaq dan al-Muqabalah yang terdapat dalam j uz 'Amma dan mengaitkannya dengan syahid puisi yang dikemukakan oleh Imam al- yaukani dalam tafsir beliau. Dapatan kajian ini menjelaskan metodologi ulama' baLaghah silam dan kontemporari berhubung keindahan al-Quran, menzahirkan kekuatan hubungan yang terdapat antara al-Tibaq dan al-Muqabalah dengan keindahan al¬Quran dari sudut lafaz dan makna. Di samping itu dapatan kajian ini juga menjelaskan metodologi dan pendekatan balaghah yang digunakan oleh Imam al-Syawkani dalam tafsir beliau. Dalam mentafsir ayat-ayat al-Quran, Imam al-Syawkani tidak ban yak menyentuh tentang aspek balaghah. Namun beliau menggunakan syahid puisi sebagai sandaran untuk menonjolkan kehebatan dan keindahan bahasa al-Quran.
Physical Description:180 leaves : ill. (some col.) ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (p. 161-179)