مرويات الأىمة الستة عن بعضهم في الكتب الستة جمعا ودراسة

Ilmu hadith merupakan ilmu yang paling mulia dalam syariat Islam. Para ulama telah bertungkus lurnus memberikan sumbangan mereka terhadap ilmu ini. Imam enam terlebih dahulu telah menyumbang bakti mereka terhadap bidang ini. Terdapat hadith¬hadith yang diriwayatkan daripada sesama mereka terakam di...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: سليمان حسن محمد حيدر الوصابي (Author)
Corporate Author: Universiti Sultan Zainal Abidin . Faculty of Islamic Contemporary Studies
Format: Thesis Book
Language:Arabic
Subjects:
Description
Summary:Ilmu hadith merupakan ilmu yang paling mulia dalam syariat Islam. Para ulama telah bertungkus lurnus memberikan sumbangan mereka terhadap ilmu ini. Imam enam terlebih dahulu telah menyumbang bakti mereka terhadap bidang ini. Terdapat hadith¬hadith yang diriwayatkan daripada sesama mereka terakam di dalam kitab enam. Ilmu periwayatan adalah ilmu penting dalam bidang hadith apatah lagi ia menghimpunkan riwayat para imam yang besar dalam lapangan ini. Ia sebenarnya memberikan impak bermakna terhadap kedudukan sumber-surnber ini. Dalam masa yang sama ia menjadi benteng terhadap serangan atau kekeliruan yang cuba ditimbulkan oleh musuh terhadap sumber enam ini secara khusus. Sesiapa yang meneliti riwayat-riwayat para imam enam ini melalui karya mereka, jelas mendapati bahawa ia tidak terhimpun di dalam satu karya, pada satu tempat dan ia terabai daripada tumpuan penyelidikan. Apa lagi apabila didapati ada di antara riwayat-riwayat ini percanggahan daripada segi status dan perbezaan pada sanad dan matannya. Kajian ini bertujuan mengenalpasti metod para imam enam yang mempunyai periwayatan sesama mereka, sekaligus menjelaskan ciri keistimewaannya. Ia juga bertujuan mengumpul jumlah hadith yang diriwayatkan oleh sesama mereka di dalam karya-karya itu, seterusnya membuat penentuan terhadap status hadith dari segi sahih dan daif. Kajian ini adalah kajian kualitatif, data-data berkait sanad dan para guru kepada imam enam dianalisis secara diskriptif melalui karya mereka dan juga surnber biodata perawi. Ia juga menganalisis data secara kritik historis bagi membuat semakan rantaian perawi daripada aspek ilmu al-jarh wa al¬ta dilserta kritikan riwayat, seterusnya meletakkan hukum hadith. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan metodologi di an tara para imam yang mempunyai periwayatan sesama mereka dalam kalangan imam enam disebabkan kriteria yang digunakan berbeza-beza. Usaha menentukan jurnlah periwayatan daripada perawi¬perawi tertentu memerlukan kepada keupayaan yang tinggi terhadap ilmu hadith. Daripada jurnlah riwayat yang dikajididapati statusnya berbeza-beza dan kategori riwayat tidak terhad kepada satu bidang ilmu sahaja bahkan merangkumi pelbagai topik berkaitan hukurn fekah dan lain-lain.Enam imam hadith merupakan salah satu tanda kebesaran di dalam aspek penjagaan, kefahaman dan pengetahuan tentang ilmu hadith dan mereka adalah tokoh-tokoh terbilang dalam lapangan ilmu 'ilal, Di antara sesama mereka ada periwayatan di dalam karya mereka yang dianggap sebagai ensikl dia dalam lapangan hadith, malah merupakan karya terbaik pemah dihasilkan, dari segi susunan dan hasil yang diambil manfaat.
Physical Description:283 leaves : ill. (some col.) ; 30 cm.
Bibliography:Includes bibliographical references (p. 246-282)